Saturday, December 8, 2007

AKU GIAN MENULIS

Sedar tak sedar, dah banyak juga post dalam blog ni.. hmmm... mungkin aku dah ’gian mengarang’ .

Sebenarnya, banyak lagi yang ingin aku nukilkan dalam blog aku ini. Tapi memandangkan kesempitan waktu dan fenomena lupa isi yang kerap berlaku, aku tidak sampai ke tahap ’Gian Mengarang yang Kronik’.. hanya kadang-kadang ketika aku malas untuk study... aku akan memerah otak menaip sedikit ilmu untuk tatapan bersama..

Sememangnya aku memang nak sangat-sangat berkongsi ilmu yang aku dapat di Syurga Ilmu ni bersama sahabat-sahabat. Selain itu, dapat juga aku menyumbang ke arah dakwah islamiah walaupun diri ini bukanlah baik sangat.

Sedikit hadith Rasulullah SAW untuk kita kongsi bersama-sama

’lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata-kata’

Daripada hadith ini, kita boleh lihat daripada dua sudut yang berbeza..Pertamanya dari sudut orang yang memberi kata-kata nasihat.Mereka hendaklah berhikmah dalam mengucapkan kata-kata.. Jika hendak membincangkan tentang hikmah, sudah tentu sampai luse pun tak habis kot. Kita, yang memberi nasihat juga perlulah cuba untuk memperbaiki diri kita dari masa ke semasa. Bukan sekadar memberi nasihat sahaja. Kerana dakwah yang paling berkesan adalah dakwah “bil hal“ iaitu sebagai contoh teladan.

Dari sudut orang yang menerima nasihat pula, janganlah kita terlalu cepat melatah apabila tiba nasihat daripada sahabat. Kawal emosi dan fikirkan secara lebih positif. Aku bukanlah seorang pakar motivasi malah diri ini juga masih jahat. Sama-sama kita berubah ya kawan-kawan.......

Alangkah indahnya jika kita hidup dalam masyarakat yang solehah...tiada gangguan puaka masalah sosial... hidup tenang, aman... semua beramal dengan dengan ajaran Islam yang syumul.. bukan sekadar ambil yang berkenan dihati...

Entah! Aku pun tak tahu layakkah aku berkata-kata begini... tapi, yang pasti... aku juga ingin berdakwah.. aku juga menyampaikan ilmuku yang cetek ini kepada orang lain...

MARI BERDAKWAH!!!!!

Malam 27 Ramadhan, malam yang popular dengan malam berlakunya malam Lailatul Qadar…. Maha Suci Allah sahaja Maha Mengetahui. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan sebagaimana yang diterangkan Allah dalam surah Al-Qadr..

Sebagaimana fenomena biasa malam tersebut, masjid-masjid besar di sekitar mesir akan penuh.. masing-masing memburu malam yang dijanjikan Allah itu... Tp, aku? Hmmm.. malam itu aku pula melencong ke Hayyu ’Asyir.

Aku sebenarnya menjadi bidan terjun menggantikan Dr Firdaus untuk menyampaikan ceramah kesihatan untuk pelajar-pelajar Al-Azhar baru di Rumah Pahang.. Agak keberatan juga aku nak terima pada mulanya.. tp, entah la dari mana aku dapat kekuatan untuk menerimanya...

Tiada apa yang menarik sangat pun.. Cuma,aku nak ajak kawan-kawan terutamanya yang belajar medik untuk menghayati kata-kata imam kita, imam As Syafie... sebagaimana aku pinta ustaz-ustaz pahang hayati

Beliau berkata.

Ilmu terbahagi kepada dua.. ilmu fiqh islam untuk rohani dan ilmu tibb untuk badan..

(aku simpulkan .. maaf aku tak jumpa buku tu)

Sememangnya dalam diri manusia itu terdapat 2 unsur besar iaitu rohani dan jasmani.. jika kedua-dua ini tidak dijaga dengan elok maka akan berlakulah kepincangan dalam hidup ini...

NAMUN, ketika mana kedua-dua unsur ini mempunyai kepentingan masing-masing.. tidakkah kita sedar.. sebenarnya, unsur Rohani itu lebih memainkan peranan yang besar dalam hidup ini…

Jika rosak jasmani, maka rugi kita di dunia.. tapi kalau rosak rohani…. Minta dijauhkan Allah… rugi kita di dunia dan akhirat.. Bukankah begitu?

Jadi, sekurang-kurangnya… cubalah kita mantapkan rohani kita agar kita tidak rugi di kedunia dan selepasnya...

Sebagai akhirnya.. marilah kita renung sepotong hadith Rasulullah SAW

“Barang siapa yang dikehendaki Allah baginya kebaikan,maka Allah menjadikannya pandai di dalam perkara agama…………”

Riwayat Bukhari

BERIMANKAH KITA?

Tika aku membaca buku yang menarik… berjudul TABBARRUJ DOSA BERHIAS –Bagaimana mengenalinya & menghindarinya…aku tertarik dengan beberapa rangkap ayat yang tentang fenomena hari ini…

Sedih hati ini… walaupun aku ini bukan la baik sangat tapi sekurang-kurangnya aku sedar akan hakikat iman….

Mungkin post kali ini lebih menjurus kepada wanita.. tp, diharapkan sahabat-sahabat lelaki juga akan mendapat manfaat untuk kita sebagai pemimpin keluarga pada masa akan datang...

Beberapa perenggan dari buku ini

“Wahyu Allah menolak ’fatwa’ sesetengah golongan yang menolak cara berpakaian yang diperintahkan oleh syariat dengan tafsiran sesat lagi menyesatkan.

Mereka mendakwa tidak perlu memakai tudung kerana tudung adalah budaya orang Arab dan memakai tudung atau tidak adalah tidak penting kerana yang lebih penting adalah ketaqwaan di dalam hati.

Memang benar, wanita yang memakai tudung yang sempurna belum tentu dia adalah mukminah.Dengan memakai tudung tidak automatik menjadi mukminah. Tetapi tidak bermakna pemakaian tudung itu tidak wajib dan yang wajib itu ialah memakai tudung atas dasar imam sebab ia adalah perintah sedang Allah SWT menguji keteguhan iman.

Orang bukan mukminah yang memakai tudung sekurang-kurangnya mahu dia dianggap wanita yang baik dan dia tidak berani melakukan sesuatu yang bertentangan dengan jiwa keimanannya.“

Isu ini juga disentuh oleh penceramah jemputan ketika smart circle gabungan yang diadakan di markaz BPI (rumah abang kadir)...

Bagi sahabat yang gemar menonton Dragon Ball seperti saya... kita dapat lihat bagaimana cahaya dan elektrik akan meliputi badan Goku apabila dia berubah menjadi Super Saiya...

Nak gambarkan betapa kuatnya aura kekuatan yang terdapat dalam dirinya...

Bagaimana pula dengan AURA IMAN???

Sedar tak sedar.. aura iman ini akan terhasil dengan mulianya akhlak..taat kepada Allah...

Membawa kepada pemeliharaan diri dari perkara-perkara yang haram, syubhah malah makhruh...alangkah hebatnya aura ini..membawa kepada ketaatan yang wajib malah yang sunat.

Alangkah tak malunya orang yang berakhlak buruk tetapi masih mampu berkata-kata

“ Alah, aku berperangai buruk pun, aku tak pakai tudung pun tapi iman aku tetap teguh dalam hati“ BERIMANKAH KITA????

Monday, October 22, 2007

IndahNya BuDaYa

Tika diri menghirup udara di bumi orang, tidakkah kita sedari betapa banyaknya budaya di Ardhul Kinanah ini yang boleh kita jadikan teladan..

Membaca Al-Quran ketika menaiki pengangkutan awam antara budaya yang jelas kelihatan di sini.

Namun, bagi mengenangkan Ramadhan yang telah lalu, aku teringin nak ajak kawan-kawan kita renung betapa pemurahnya orang Mesir terutamanya ketika bulan Ramadhan.

Teringat pesan seorang murabbi aku, Abe min (abang Muhaimin) atau lebih glamour lagi dengan panggilan (Abu Fateh). Antara budaya yang sangat cantik jika kita bawa balik ke Malaysia ialah “Maidah Rahman”. Maidah ini adalah hidangan berbuka puasa untuk orang awam sebagai sedekah terutamanya kepada fakir miskin. Maha Suci Allah! Betapa cantiknya jika budaya ni ada di Malaysia. Sebenarnya, konsepnya sudah ada. Buka puasa secara percuma sudah ada di masjid-masjid di Malaysia, namun tidak secara meluas sebagaimana di Mesir. Sehinggakan pemandu-pemandu tidak risau untuk berbuka puasa kerana akan ada pekerja-pekerja sukarela di jalan Allah untuk mengagihkan makanan dan buah kurma di bahu-bahu jalan.


Betapa pemurahnya mereka. “3alsyan Ramadhan” (sebab ramadhan), tambang teksi akan murah sedikit berbanding biasa… begitulah meriahnya Ramadhan di bumi Ambiya’ ini…Ketika menunggu bas untuk pulang ke sayyeda setelah kelas Sheikh Nuruddin tamat, sebuah kereta mewah berhenti dihadapan seniorku, abang kadir. Cermin kereta diturunkan dan sebuah buku kecil mengenai ramadhan serta duit LE20 dihulur kepada abang kadir. Setelah itu, kereta itu berlalu begitu sahaja.. betapa giat mereka bersedekah di bulan Ramadhan.. Bagaimana pula kita…jangankan sedekah, zakat pun liat nak keluarkan…bukan semua laaaa =)

Tiada bazar Ramadhan memeriahkan suasana namun digantikan dengan limpahan sedekah-sedekah orang-orang kaya di Maidah Rahman.RINDUNYA RAMADHAN!!!!

SEMOGA BUDAYA SOLEHAH INI AKAN BERCAMBAH DI NEGARA KITA. AMIN…

PeRGiNyA SeOranG MuJahiD


Sedih hati ini, seorang demi seorang murabbi dan guru aku pulang ke tanah air.. 25 Ramadhan lepas, guruku yang sangat aku sayangi dan hormati, Ustaz Mujahid, (orang pahang hehehe) telah pulang ke tanah air ..Perginya seorang “mujahid“ untuk seketika. Walaupun hanya untuk setahun (begitulah yang beliau katakan), aku tetap merasakan kerugian bagi pihak aku sendiri..

Ustaz Mujahid bukan sahaja seorang guru malah seorang murabbi yang boleh aku jadikan contoh teladan di mesir.. Aku kagum dengan semangat belajar beliau..Beliau telah bermusafir menuntut ilmu Allah Taala selama 6 tahun di Mesir. Beliau pulang ke Malaysia bukan kerana gagal menamatkan pelajaran apatah lagi putus asa, tetapi untuk mengikuti pengajian Sheikh Nuruddin di Bogor , Indonesia (sistem pondok).Subhanallah !! sampai begitu sekali semangat beliau dalam menuntut ilmu. Jika kebanyakkan pelajar agama tidak sabar menamatkan pembelajaran di Mesir, Beliau pula berlainan. Begitulah semangat sebenar penuntut ilmu.

Sebelum ini, seorang lagi guruku , ustaz Burhan, juga orang pahang telah pulang ke Malaysia. Aku agak kecewa kerana tidak dapat menolong banyak untuk menyelesaikan masalah kewangan yang beliau hadapi..memandangkan aku sendiri juga mengalami masalah yang sama hahaha.. apa-apa pun semoga beliau datang semula ke Mesir, supaya dapat aku tuntut sebanyak yang boleh ilmu beliau...

Apa yang lebih mengecewakan aku, aku tidak sempat untuk menangkap gambar kenang-kenangan satu pun bersama guru-guruku ni.. sedihnyaaaa... aku sibuk menguruskan Sambutan Pelajar Baru 07 ketika ustaz Burhan pulang ke tanah air. Dan ketika Ustaz Mujahid pulang, aku agak tergesa-gesa pulang ke Sayeda Zainab memandangkan keesokkan harinya adalah hari kuliah. Masa yang aku luangkan bersama ustaz mujahid pada siang hari sebelum beliau bertolak, aku gunakan untuk menolong beliau berkemas.. sampai lupa nak bergambar!

SEMOGA MEREKA SENTIASA BERADA DALAM KASIH SAYANG ALLAH DI MANA SAHAJA MEREKA BERADA

Niat....&Hikmah

Dalam tangan lincah menaip dan berchatting, tiba-tiba muncul seorang sahabat.. pelik aku.. ingatkan ada perkara penting… rupanya…sahabatku itu meminta aku untuk menukilkan kata-kata hikmah mengenai niat… kata-kata yang mempunyai seribu maksud..begitulah katanya…



NIAT??? Uish, ape yang aku tahu tentang niat..??? apa yang aku tahu, niat tu lintasan hati. Betapa Maha Pemurahnya Allah, niat yang baik diberi ganjaran. Niat yang buruk tidak pula berdosa. Niat bergantung kepada hati. Bersih hati sucilah niat. Busuk hati, jahat niat.

Sedikit cerita di zaman Bani Israel. Ade seorang tua yang mempunyai sebidang tanah kosong. Ketika duduk di ladangnya, dia berangan-angan untuk menanam pokok buah-buahan yang banyak. Dan apabila sudah berbuah, dia akan menyedekahkan buah-buahan itu kepada fakir miskin..Namun, ditakdirkan Allah, Dia meninggal dunia ketika ladangnya masih kosong.. Maha Suci Allah dan Maha Pemurah Allah, Allah menganugerahkan kepadanya pahala umpama bersedekah walaupun itu baru sekadar cadangan (niat).. Tapi! Jangan pula fikiran nakal kita berniat apa yang tidak kita mampu lakukan... habis cerita.. sambung balik!

Kata-kata Rasul adalah kebenaran dan sudah tentu sangat banyak hikmahnya. Kata-kata yang berhikmah selalunya keluar dari mulut para ulamak. Tau kenapa? Sebab ketinggian kata-kata itu sendiri berkait rapat dengan hati. Jika niat ikhlas mengucapkan untuk menasihati, maka berhikmahlah kata-kata itu. Walaupun sekadar dua patah perkataan.

Apa-apa pun aku perahkan juga otak aku ni membuat beberapa kata-kata yang entah la berhikmah atau tidak....


Niat cermin akhlak peribadi muslim

Niat yang baik umpama buah yang ranum, isinya manis, benihnya tumbuh melata

Niat umpama pena, cantik buruk lukisan amal bergantung kepadanya.

Kemurnian niat tidak tergambar pada sempurnanya hasil, tetapi pada kesungguhan usaha

Nilaian kualiti amalan bergantung kepada niat, kemudian kesungguhan serta kesan.

Hati itu ibarat akar, niat itu batang, amalan itu ranting dan hasilnya adalah buah.

Hati dan niat umpama dua tangan. Gatal di kiri si kanan garu. Sakit di kanan si kiri usap.

Hati yang kotor menghalang niat yang suci namun niat yang suci membasuh hati yang kotor.

BeDTIMe StOrY

Malam tadi (20.10.2007), keperluan untuk aku meminjam pendrive MAULANA aman membuatkan aku melangkah masuk ke dalam bilik “maulana”. Dan sebagaimana biasa, aman sedang berbaring sebagai tanda dia bersedia untuk tidur dan ditangannya sebuah buku. Begitulah kebiasaan “maulana“ kami tu. Entah mengapa hatiku teringin nak sangat mendengar sedikit tazkirah darinya.... tapi, aman kata bersyarat. Aku juga kena memberikan sedikit tazkirah...persetujuan tercapai,maka terjadilah satu majlis ilmu BEDTIME STORY...

Al-fatihah pembuka majlis.Pada mulanya aman membacakan satu hadith mengenai kepentingan lafaz (tiada tuhan selain Allah) (maaf! Laptop aku takde huruf khat). Aku rase semua sahabat tahu sebutan dalam bahasa Arab..

Mafhum hadith: Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa akhir perkataannya sebutan (tiada tuhan selain Allah), masuk ke syurga”. Betapa pentingnya kalimah itu..

Hadith kedua yang diberikan oleh maulana. Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabat ,“perbaharuilah imanmu“. Mereka bertanya, “ Bagaimana ya Rasulullah SAW?“ . Baginda SAW bersabda ,“perbanyakkan menyebutkan (tiada tuhan selain Allah)“

JOM KITA PERBAHARUI IMAN JOM



Dalam masa yang sama, aku teringat cerita yang pernah diceritakan oleh Sheikh Nuruddin. Mengenai hadith ni..maka, aku pun mula bercerita..

Kisah ini adalah kisah guru kepada guru Sheikh Nuruddin ketika waktu nazak beliau. Anak-anak murid ingin menalkinkan perkataan (tiada tuhan selain Allah) di telinga guru mereka, tetapi rase malu, hormat yang tersangat dan rendah diri membuatkan mereka tidak melakukannya memandangkan guru mereka adalah seorang ulamak besar..

Maka, setelah berbincang, seorang daripada anak murid tersebut memberi idea..

“apa kata kita serabutkan @ tidak mengikut urutan sanad hadith yang berkenaan dengan kalimah (tiada tuhan selain Allah)” cadang seorang anak murid.persetujuan dicapai

(tidak mengikut urutan: cth sanad .. dari ali dari ahmad dari husin dari ahmad dan seterusnya menjadi dari ahmad dari husin dari ali dari ahmad dan seterusnya)

maka mereka pun melakukan seperti yang dirancang… ketika itu juga guru mereka yang sedang nazak berdiri dan berkata “kamu salah…dari fulan dari fulan (dengan memberikan susunan sanad yang betul sehingga kepada Rasulullah) Rasulullah bersabda, Barangsiapa perkataan akhirnya (tiada tuhan selain Allah)….. “ ketika itu beliau jatuh dan meninggal dunia…

Peristiwa ini menunjukkan kemuliaan cara ulamak menghembuskan nafas terakhir (ketika meriwayatkan hadith) serta menunjukkan syurga itu milik Allah dan hanya Allah sahaja yang berhak menentukan siapakah penghuninya…

Aku baru saja nak tutup majlis tapi ditahan oleh maulana… ade satu lagi cerita kata maulana.. Waaahh!!! Hebat maulana aman ni…

Begini ceritanya...perbualan antara seorang ustaz dan doctor..


Ustaz : berapa banyak kematian yang pernah berlaku di hadapan kamu?

Doktor : banyak!! Lebih 100 kematian (dengan nada selamber)

Ustaz : Berapa banyak pula yang kamu sempat talkinkan dengan kalimah (tiada tuhan

selain Allah) di telinga mereka ketika mereka nazak?

Doktor : (garu kepala) er... ade la 2, 3 kes kot

Ustaz : (geleng kepala) Tanggungjawab menalkinkan mereka terletak di atas bahu

kamu, para doktor. Sekalipun mereka kafir, mungkin hidayah Allah membuka

hati mereka menyebut di waktu nazak mereka. Kamu akan membantu

membantu mereka untuk menempah tempat di dalam syurga.


Betapa beratnya tanggungjawab kita wahai bakal doktor sekalian...

Maulana dah mengantok.. kaffaratulmajlis dan surah al-3asr dibaca tanda majlis ditutup..



ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ