Malam tadi (20.10.2007), keperluan untuk aku meminjam pendrive MAULANA aman membuatkan aku melangkah masuk ke dalam bilik “maulana”. Dan sebagaimana biasa, aman sedang berbaring sebagai tanda dia bersedia untuk tidur dan ditangannya sebuah buku. Begitulah kebiasaan “maulana“ kami tu. Entah mengapa hatiku teringin nak sangat mendengar sedikit tazkirah darinya.... tapi, aman kata bersyarat. Aku juga kena memberikan sedikit tazkirah...persetujuan tercapai,maka terjadilah satu majlis ilmu BEDTIME STORY...
Al-fatihah pembuka majlis.Pada mulanya aman membacakan satu hadith mengenai kepentingan lafaz (tiada tuhan selain Allah) (maaf! Laptop aku takde huruf khat). Aku rase semua sahabat tahu sebutan dalam bahasa Arab..
Mafhum hadith: Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa akhir perkataannya sebutan (tiada tuhan selain Allah), masuk ke syurga”. Betapa pentingnya kalimah itu..
Hadith kedua yang diberikan oleh maulana. Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabat ,“perbaharuilah imanmu“. Mereka bertanya, “ Bagaimana ya Rasulullah SAW?“ . Baginda SAW bersabda ,“perbanyakkan menyebutkan (tiada tuhan selain Allah)“
JOM KITA PERBAHARUI IMAN JOM
Dalam masa yang sama, aku teringat cerita yang pernah diceritakan oleh Sheikh Nuruddin. Mengenai hadith ni..maka, aku pun mula bercerita..
Kisah ini adalah kisah guru kepada guru Sheikh Nuruddin ketika waktu nazak beliau. Anak-anak murid ingin menalkinkan perkataan (tiada tuhan selain Allah) di telinga guru mereka, tetapi rase malu, hormat yang tersangat dan rendah diri membuatkan mereka tidak melakukannya memandangkan guru mereka adalah seorang ulamak besar..
Maka, setelah berbincang, seorang daripada anak murid tersebut memberi idea..
“apa kata kita serabutkan @ tidak mengikut urutan sanad hadith yang berkenaan dengan kalimah (tiada tuhan selain Allah)” cadang seorang anak murid.persetujuan dicapai
(tidak mengikut urutan: cth sanad .. dari ali dari ahmad dari husin dari ahmad dan seterusnya menjadi dari ahmad dari husin dari ali dari ahmad dan seterusnya)
maka mereka pun melakukan seperti yang dirancang… ketika itu juga guru mereka yang sedang nazak berdiri dan berkata “kamu salah…dari fulan dari fulan (dengan memberikan susunan sanad yang betul sehingga kepada Rasulullah) Rasulullah bersabda, Barangsiapa perkataan akhirnya (tiada tuhan selain Allah)….. “ ketika itu beliau jatuh dan meninggal dunia…
Peristiwa ini menunjukkan kemuliaan cara ulamak menghembuskan nafas terakhir (ketika meriwayatkan hadith) serta menunjukkan syurga itu milik Allah dan hanya Allah sahaja yang berhak menentukan siapakah penghuninya…
Aku baru saja nak tutup majlis tapi ditahan oleh maulana… ade satu lagi cerita kata maulana.. Waaahh!!! Hebat maulana aman ni…
Begini ceritanya...perbualan antara seorang ustaz dan doctor..
Ustaz : berapa banyak kematian yang pernah berlaku di hadapan kamu?
Doktor : banyak!! Lebih 100 kematian (dengan nada selamber)
Ustaz : Berapa banyak pula yang kamu sempat talkinkan dengan kalimah (tiada tuhan
selain Allah) di telinga mereka ketika mereka nazak?
Doktor : (garu kepala) er... ade la 2, 3 kes kot
Ustaz : (geleng kepala) Tanggungjawab menalkinkan mereka terletak di atas bahu
kamu, para doktor. Sekalipun mereka kafir, mungkin hidayah Allah membuka
hati mereka menyebut di waktu nazak mereka. Kamu akan membantu
membantu mereka untuk menempah tempat di dalam syurga.
Betapa beratnya tanggungjawab kita wahai bakal doktor sekalian...
Maulana dah mengantok.. kaffaratulmajlis dan surah al-3asr dibaca tanda majlis ditutup..
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ