Monday, October 22, 2007

PeRGiNyA SeOranG MuJahiD


Sedih hati ini, seorang demi seorang murabbi dan guru aku pulang ke tanah air.. 25 Ramadhan lepas, guruku yang sangat aku sayangi dan hormati, Ustaz Mujahid, (orang pahang hehehe) telah pulang ke tanah air ..Perginya seorang “mujahid“ untuk seketika. Walaupun hanya untuk setahun (begitulah yang beliau katakan), aku tetap merasakan kerugian bagi pihak aku sendiri..

Ustaz Mujahid bukan sahaja seorang guru malah seorang murabbi yang boleh aku jadikan contoh teladan di mesir.. Aku kagum dengan semangat belajar beliau..Beliau telah bermusafir menuntut ilmu Allah Taala selama 6 tahun di Mesir. Beliau pulang ke Malaysia bukan kerana gagal menamatkan pelajaran apatah lagi putus asa, tetapi untuk mengikuti pengajian Sheikh Nuruddin di Bogor , Indonesia (sistem pondok).Subhanallah !! sampai begitu sekali semangat beliau dalam menuntut ilmu. Jika kebanyakkan pelajar agama tidak sabar menamatkan pembelajaran di Mesir, Beliau pula berlainan. Begitulah semangat sebenar penuntut ilmu.

Sebelum ini, seorang lagi guruku , ustaz Burhan, juga orang pahang telah pulang ke Malaysia. Aku agak kecewa kerana tidak dapat menolong banyak untuk menyelesaikan masalah kewangan yang beliau hadapi..memandangkan aku sendiri juga mengalami masalah yang sama hahaha.. apa-apa pun semoga beliau datang semula ke Mesir, supaya dapat aku tuntut sebanyak yang boleh ilmu beliau...

Apa yang lebih mengecewakan aku, aku tidak sempat untuk menangkap gambar kenang-kenangan satu pun bersama guru-guruku ni.. sedihnyaaaa... aku sibuk menguruskan Sambutan Pelajar Baru 07 ketika ustaz Burhan pulang ke tanah air. Dan ketika Ustaz Mujahid pulang, aku agak tergesa-gesa pulang ke Sayeda Zainab memandangkan keesokkan harinya adalah hari kuliah. Masa yang aku luangkan bersama ustaz mujahid pada siang hari sebelum beliau bertolak, aku gunakan untuk menolong beliau berkemas.. sampai lupa nak bergambar!

SEMOGA MEREKA SENTIASA BERADA DALAM KASIH SAYANG ALLAH DI MANA SAHAJA MEREKA BERADA

No comments: