Aku menulis lagi, kali ini mungkin lebih pendek sebab ada sahabat yang dah tegur
artikel yang panjang.
“Tension betul la ngan orang arab ni!” .. “Hish, Geram aku dengan orang arab !
“Asyik nak gaduh dan menipu je orang Arab“ ... itulah ungkapan yang selalu keluar dari mulutku tatkala bermuamalah dengan orang-orang mesir.Kutukan terhadap orang arab ni dah jadi macam zikir harian. Alhamdulillah, ungkapan-ungkapan itu telah lenyap sejak satu peristiwa di kuliah sheikh Nuruddin..

akal aku ligat berfikir ketika Sheikh Nuruddin mengajar kitab ’Manaqib Asy-Syafie’..
Rasulullah SAW bersabda kepada Salman Al-Farisi
“ Ya Salman, janganlah engkau memarahi aku. "Jawab Salman, “Bagaimana aku ingin memarahimu ya Rasulullah sedangkan melaluimu aku mengenal Allah“. Rasulullah SAW menyambung, “Jangan sekali-kali engkau marah kepad orang arab kerana seolah-olah engkau memarahi aku“...
Ya Allah, entah berapa pikul sumpah seranah yang aku dah lemparkan kepada orang arab mesir seketika aku berada di Mesir ini... Semoga Allah mengampuniku

Walaupun ada pendapat yang mengatakan orang-orang arab itu adalah Ahlil Bait (kaum Rasulullah SAW- Quraisy), namun hati aku tetap berasa bersalah..
Sebab?? Ketika aku mengikuti Jaulah maqam-maqam Ahlil Bait di bumi Mesir ini, aku hairan.. kenapa banyak sangat maqam Ahlil Bait di Mesir ni dan mengapa bukan di Madinah mahupun di Makkah?? Seorang ustaz menerangkan, ketika Ahlil Bait diburu untuk di bunuh (ketika itu juga berlaku pembunuhan saidina Hussain), mereka tidak tahu hendak berlindung di mana sehinggalah orang-orang arab Mesir menawarkan diri sanggup melindungi mereka.. Orang-orang Arab mesir sangat-sangat memuliakan ahlil bait.. bermusafirlah dan lihat sendiri sejauh mana kebenarannya..
Jadi, ayuh kawan-kawan, kita ubah diri kita.. supaya lebih bersabar dengan karenah mereka... jadikan penghormatan mereka terhadap keluarga Rasulullah SAW sebagai sebab untuk kita beralah dengan mereka... BERALAH BUKAN BERMAKNA BERSEDIA UNTUK DITINDAS! Kita ada otak, berfikir dengan matang dalam bertindak...
No comments:
Post a Comment