Monday, October 22, 2007

IndahNya BuDaYa

Tika diri menghirup udara di bumi orang, tidakkah kita sedari betapa banyaknya budaya di Ardhul Kinanah ini yang boleh kita jadikan teladan..

Membaca Al-Quran ketika menaiki pengangkutan awam antara budaya yang jelas kelihatan di sini.

Namun, bagi mengenangkan Ramadhan yang telah lalu, aku teringin nak ajak kawan-kawan kita renung betapa pemurahnya orang Mesir terutamanya ketika bulan Ramadhan.

Teringat pesan seorang murabbi aku, Abe min (abang Muhaimin) atau lebih glamour lagi dengan panggilan (Abu Fateh). Antara budaya yang sangat cantik jika kita bawa balik ke Malaysia ialah “Maidah Rahman”. Maidah ini adalah hidangan berbuka puasa untuk orang awam sebagai sedekah terutamanya kepada fakir miskin. Maha Suci Allah! Betapa cantiknya jika budaya ni ada di Malaysia. Sebenarnya, konsepnya sudah ada. Buka puasa secara percuma sudah ada di masjid-masjid di Malaysia, namun tidak secara meluas sebagaimana di Mesir. Sehinggakan pemandu-pemandu tidak risau untuk berbuka puasa kerana akan ada pekerja-pekerja sukarela di jalan Allah untuk mengagihkan makanan dan buah kurma di bahu-bahu jalan.


Betapa pemurahnya mereka. “3alsyan Ramadhan” (sebab ramadhan), tambang teksi akan murah sedikit berbanding biasa… begitulah meriahnya Ramadhan di bumi Ambiya’ ini…Ketika menunggu bas untuk pulang ke sayyeda setelah kelas Sheikh Nuruddin tamat, sebuah kereta mewah berhenti dihadapan seniorku, abang kadir. Cermin kereta diturunkan dan sebuah buku kecil mengenai ramadhan serta duit LE20 dihulur kepada abang kadir. Setelah itu, kereta itu berlalu begitu sahaja.. betapa giat mereka bersedekah di bulan Ramadhan.. Bagaimana pula kita…jangankan sedekah, zakat pun liat nak keluarkan…bukan semua laaaa =)

Tiada bazar Ramadhan memeriahkan suasana namun digantikan dengan limpahan sedekah-sedekah orang-orang kaya di Maidah Rahman.RINDUNYA RAMADHAN!!!!

SEMOGA BUDAYA SOLEHAH INI AKAN BERCAMBAH DI NEGARA KITA. AMIN…

No comments: