Dalam tangan lincah menaip dan berchatting, tiba-tiba muncul seorang sahabat.. pelik aku.. ingatkan ada perkara penting… rupanya…sahabatku itu meminta aku untuk menukilkan kata-kata hikmah mengenai niat… kata-kata yang mempunyai seribu maksud..begitulah katanya…
NIAT??? Uish, ape yang aku tahu tentang niat..??? apa yang aku tahu, niat tu lintasan hati. Betapa Maha Pemurahnya Allah, niat yang baik diberi ganjaran. Niat yang buruk tidak pula berdosa. Niat bergantung kepada hati. Bersih hati sucilah niat. Busuk hati, jahat niat.
Sedikit cerita di zaman Bani Israel. Ade seorang tua yang mempunyai sebidang tanah kosong. Ketika duduk di ladangnya, dia berangan-angan untuk menanam pokok buah-buahan yang banyak. Dan apabila sudah berbuah, dia akan menyedekahkan buah-buahan itu kepada fakir miskin..Namun, ditakdirkan Allah, Dia meninggal dunia ketika ladangnya masih kosong.. Maha Suci Allah dan Maha Pemurah Allah, Allah menganugerahkan kepadanya pahala umpama bersedekah walaupun itu baru sekadar cadangan (niat).. Tapi! Jangan pula fikiran nakal kita berniat apa yang tidak kita mampu lakukan... habis cerita.. sambung balik!
Kata-kata Rasul adalah kebenaran dan sudah tentu sangat banyak hikmahnya. Kata-kata yang berhikmah selalunya keluar dari mulut para ulamak. Tau kenapa? Sebab ketinggian kata-kata itu sendiri berkait rapat dengan hati. Jika niat ikhlas mengucapkan untuk menasihati, maka berhikmahlah kata-kata itu. Walaupun sekadar dua patah perkataan.
Apa-apa pun aku perahkan juga otak aku ni membuat beberapa kata-kata yang entah la berhikmah atau tidak....
Niat cermin akhlak peribadi muslim
Niat yang baik umpama buah yang ranum, isinya manis, benihnya tumbuh melata
Niat umpama pena, cantik buruk lukisan amal bergantung kepadanya.
Kemurnian niat tidak tergambar pada sempurnanya hasil, tetapi pada kesungguhan usaha
Nilaian kualiti amalan bergantung kepada niat, kemudian kesungguhan serta kesan.
Hati itu ibarat akar, niat itu batang, amalan itu ranting dan hasilnya adalah buah.
Hati dan niat umpama dua tangan. Gatal di kiri si kanan garu. Sakit di kanan si kiri usap.
Hati yang kotor menghalang niat yang suci namun niat yang suci membasuh hati yang kotor.
No comments:
Post a Comment