Saturday, October 20, 2007

ULAMAK Vs Protaz



Dah berkali-kali aku mendengar perbahasan tentang isu yang agak popular laa.. aku pun tak berapa pasti masih glamour lagi atau tidak nun kat malaysia yang dirindui. ISU PROTAZ. Adakah benar golongan ini banyak membawa fitnah kepada ISLAM??.

Teringat kata-kata ustaz aku kat INTEC dulu, ustaz Fakhrurrazi yang kini sedang melanjutkan pelajar di Jordan. Salah seorang guru dan senior KISAS yang aku hormati. “Ana tengok anta ade gaya nak jadi Protaz.” Masa tu memang istilah protaz memang hangat sangat digunakan. Memang waktu aku agak bangga la..... sehinggalah aku menyambung pelajaran di ArdhulKinanah ni..baru la aku dapat berfikir dengan lebih matang, apakah kesan yang akan berlaku terhadap masyarakat...

Ini hanyalah pandangan aku, berdasarkan ilmuku sangat cetek ini..kepada sesiapa yang tidak menyetujuinya, silakan.. aku meraikan pandangan orang yang lebih alim dan matang dariku...

Jika kita fikir-fikirkan, sejak bila agaknya istilah PROTAZ ni muncul dalam kamus bahasa mahupun kamus hidup kita? Ada sahabat memberitahu bahawa Ustaz Asri (mufti Perlis) yang mengasaskannya.aku bukan nak merendah-rendahkan dia. Apa lagi nak mencaci cuma hati aku tidak dapat mengiktiraf dia sebagai seorang ulamak.. sambung balik, ade juga kawan yang mengatakan ini adalah satu perancangan kafir laknat untuk memusnahkan ISLAM. Ya Allah, aku pun tak sangka seserius tu. Allah yang Maha Mengetahui sejauh mana kebenarannya..


Apa-apa pun aku nak nukilkan sedikit pendapat aku supaya aku boleh berkongsi buah fikiran dengan kawan-kawan yang masih konfius....Kemunculan golongan Protaz ini sebenarnya sangat-sangat bermanfaat di dalam pembentukan masyarakat Islam. Golongan ini menjadi aset penting dalam gerakan dakwah. Jika kita kaji, golongan Doktor macam aku ni (InsyaAllah) boleh berdakwah dalam bidangku kepada pesakit-pesakit. Begitu juga dalam bidang-bidang lain.Ilmu-ilmu yang dimiliki oleh golongan ni lebih selayaknya dicurahkan dalam gerakan dakwah sahaja

Bidang- bidang professional ni memang sinonim dengan “kekayaan“ .Dalam berjuang memang tak dapat tidak kita terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak dan dah tentu golongan –golongan kaya ini sangat-sangat diperlukan.

Jadi, Ada masalah ke dengan golongan ini? MEMANG ADA!!! Masalah yang kelihatan adalah golongan Protaz ini mengambil alih kerja-kerja para ulamak. Masalah hukum hakam dan perkara-perkara yang lebih mendalam mengenai agama sepatutnya dirujuk kepada ulamak, bukan Protaz walaupun mereka juga mendalami ilmu tersebut ...MENGAPA?? Apa yang aku nampak, seorang ulamak akan menghabiskan setiap detik hidupnya, setiap hela nafasnya untuk memikirkan penyelesaian masalah umat dan menyebarkan ilmu mereka. Sedangkan seorang Protaz lebih banyak melakukan kerja-kerja dalam bidang mereka berbanding 2 perkara tadi. Aku tak kata protaz tak boleh mengajar kuliah agama... silakan namun, taraf ulamak bukan selayaknya milik kami, golongan protaz ini.

Di Masjid Azhar, aku lupa nama sheikh tersebut, beliau adalah pakar bedah dan dalam masa yang sama beliau mengajar talaqi kepada masyarakat..jika dibandingkan dengan ulamak-ulamak yang memikirkan masalah masyarakat sekarang... korang rase mane yang lebih baik? Fikir-fikir la sendiri... malah Sheikhul azhar kini, adalah bekas pelajar bidang perniagaan (bisnes). Beliau ade sedikit kelainan, kerana beliau telah menumpukan sepenuhnya kepada bidang agama sepenuhnya.

Apakah bezanya kalam ulamak dan kalam protaz?.. jika kita renungi, kalangan ulamak ini lebih memikirkan keadaan masyarakat dan kesan masa panjang sebelum mereka melafazkan sesuatu kalam.... ’ulamak itu pewaris para nabi’. Junjungan Besar Muhammad SAW jika ditanya apakah sebaik-baik amalan, baginda akan memberikan jawapan yang pelbagai mengikut peribadi orang yang bertanya... berjihad, solat di awal waktu, berbakti kepada ibubapa dan sebagainya.. tidakkah kita terfikir?

Kenapa aku bagi contoh ini...? sebab aku nampak satu kepincangan dalam masyarakat kita kini. Perpecahan umat yang serius sehingga perjuangan kita menegakkan ISLAM terbantut..

Ulamak-ulamak dahulu menyarankan masyarakat untuk membaca yasin sehingga yasin menjadi kebiasaan kepada kita setiap malam jumaat. Namun, ada segelintir manusia yang bercakap tanpa menggunakan otak suka-suka mengatakan itu bid’ah. Tidakkah mereka beriman dengan hadis Rasulullah SAW yang saya simpulkan... antara ibadah yang sangat disukai Allah, ibadah yang sedikit tetapi dilakukan dengan Istiqamah. Tidakkah mereka terfikir ia dapat memupuk masyarakat membaca Al-Quran? Hebatnya ulamak dahulu sehingga dapat menjadikan bacaan yasin amalan mingguan masyarakat sepanjang hidup mereka. Hebatnya ulamak dahulu dapat memupuk masyarakat berzikir kepada Allah walaupun sekadar zikir selepas solat! Inilah beza ulamak dan orang yang bukan ahlinya…….

Kesimpulan, aku bukan nak rendahkan mana-mana pihak.. Cuma niat aku untuk meningkatkan kembali martabat ULAMA’ supaya mereka mendapat layanan dan kehormatan yang sepatutnya..

Sabda Rasulullah SAW ; “Selain daripada dajjal, aku lebih takut kepada sesuatu daripada dajjal.” Maka sahabat bertanya; “siapa mereka ya Rasulullah?” Maka Baginda berkata; “Ulamak suk’ (jahat)” -dipetik dari kitab Bidayatul Hidayah-



~ULAMAK KITA IKUTI , KITA HORMATI~

1 comment:

PEMENANG said...

huh artikel yg agak intermediate keberatannya
tahniah , karya yg tidak hedonisme