Saturday, December 8, 2007

BERHENTI MENULIS?

Jari jemari kaku

Tiada lagi tazkirah dari bibir

Tiada lagi peringatan buat teman

Tiada lagi nasihat buat rakan

Tulisanku buntu

Tiada lagi diari kehidupan buat pedoman

Tiada lagi cerita menarik buat pengajaran

Tiada…semuanya sudah tiada..

Tika telinga mendengar bicara

Hati ini bergetar

Hati ini sedar

Selama ini,

amalku mundur dari kata-kata

mulut mudah menyusun bicara

mulut mudah mengulas kata

tetapi tidak pula amalku nyata

tiada seiring, tiada pula sama

Baru lahir insaf di hati....

Baru tersemai tekad di hati.

... aku ni banyak menulis je.... senang je bagi tazkirah pada orang lain.. padahal amalan makin kurang...diri makin jauh dengan tuhan...

Ya Allah! Tolonglah hambaMU ini.

AMANAH! DIMANA AKU?

Dalam diri masih celaru mengenali diri sendiri, amanah satu persatu ditaklifkan kepadaku. Hati memang tak tenang. Ape taknye, besar tanggungjawab tu!. Exco ekonomi PERUBATAN.

Lemah longlai rasenye menerima tanggungjawab ni..Diri ini bukan baik pun, macam mana nak bimbing orang dan jadi contoh teladan.

Apa lagi, Abang Israk la tempat aku mengadu... nak letak jawatan!!!! Dah ade 2-3 alasan yang kukuh giler dan aku yakin dengan alasan tu perletakan jawatan aku tu akan diterima...

Jujur dari hati, memang hati ni nak juga pegang jawatan... tp, sekarang bukan waktu yang sesuai.... entah la... waktu semua masalah berhimpun, waktu jugak la amanah tu datang...

Aku lebih suka menjadi orang yang membantu sebenarnya. Bukan orang yang memegang jawatan... Sebab? AKU TAK LAYAK!!!

Bila aku bg alasan aku tak layak, ramai yang nafikan.. Aku pelik.. siapa sebenarnya yang lebih mengenali diri aku ni? Aku ke dia? Hmmmm...bukan nak menyalahkan, tp luahan isi hati..

Sekarang, jawatan tu masih aku pegang... Kenapa? Entah!aku sendiri pun keliru...mungkin sebab ada orang kecewa bila aku letak jawatan kot...

Ya Allah, tolonglah hamba MU ini.....

NILAI SUATU KEFAHAMAN

Hati tercuit untuk melawat ke laman blog seorang ustaz. Entah mengapa hati teringin sekali membaca..Sedang aku asyik meneliti artikle yang dinukilkan.. tiba-tiba mataku terpaku pada suatu nama dalam article tersebut.. Fauwaz bin Fadzil Noor .. Ustaz aku..

Maka, ia menjadi stimulant kepadaku untuk aku terus membaca..dalam keadaan agak faham dan tak faham.. (samar-samar… memang sepatutnya mengikut tahap ilmuku yang cetek ini)…namun, apa yang aku dapat simpulkan, ustaz tersebut menggunakan uslub komen terhadap ustaz fauwaz atas tajuk “wanita seharusnya menuntut hak untuk menunaikan solat jumaat”…

Hmmm…berdasarkan hadith-hadith yang aku baca dari blog beliau… sememangnya benar apa yang beliau katakan. Namun, hati ini masih belum puas… apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Ustaz Fauwaz mengenai menuntut hak ini..

Hari berganti hari, minggu berganti minggu… maka Alhamdulillah rezeki aku dapat berjumpa kembali dengan Ustaz Fauwaz, seorang ulamak yang aku hormati.. juga anak kepada seorang ulamak. Sebenarnya, niat aku pada mulanya ingin menziarahi beliau yang sedang sakit… tp, bak kata pepatah.. sambil menyelam minum air.. walaupun dari sudut logiknya tidak dapat diterima akal… giler ape minum air mase menyelam..!

Soalan diajukan dan tersentuh hati aku mendengar penjelasan Ustaz Fauwaz.. Beliau sebenarnya dijemput untuk memberikan ceramah mengenai sistem ekonomi islam, hak-hak wanita dan beberapa tajuk lagi di Malaysia.. Beliau tidak menyangka ceramah ini juga dihadiri oleh wartawan.

Ustaz menceritakan fenomena-fenomena ’pelik’ yang berlaku dalam masyarakat kita mengenai golongan wanita yang bersuara menuntut hak-hak mereka.. macam2... wanita sekarang menuntut hak untuk mencari nafkah.. ini mungkin boleh diterima lagi.. ade juga menuntut hak untuk membeli belah dan macam-macam lagi..Jadi, sebagai saranan dan nasihat Ustaz Fawwaz kepada hadirin, adalah lebih baik bagi kaum wanita untuk menuntut hak mereka terhadap perkara-perkara ukhrawi, bukan sekadar hak-hak duniawi sahaja.. dan salah satu contoh yang beliau berikan adalah hak untuk solat jumaat.

Mungkin perselisihan ini berlaku bermula kerana pelbagai tafsiran mengenai kalimah “hak“ itu...

Kita mengetahui, tidak salah bagi wanita untuk solat jumaat bukan? Bermakna , mereka juga ada hak (diberi peluang) untuk sama-sama menghadiri solat jumaat selagi mana tidak mendatangkan fitnah. Jadi, salahkah mereka menuntut diberi peluang untuk pihak masjid menyediakan ruangan khas kepada mereka (selalunya, ruangan wanita akan dipenuhi jemaah lelaki)...dan ruang masa..

Itu pun jika ade ruang lebih dan masih ada ruang...Khutbah Jumaat itu adalah suatu tazkirah, peringatan, majlis ilmu...salahkah mereka sertai daripada mereka keluar shopping je....?

Begitulah yang aku faham berkenaan perkara tersebut setelah mendengar ulasan dari mulut ustaz Fauwaz sendiri..Ada pihak yang meng’quote’ kata-kata ustaz Fauwaz ’wanita seharusnya menuntut hak mereka untuk solat jumaat’... hanya setakat itu tanpa menerangkan dan menghuraikan apa maksud dan keadaan sebenar yang diperkatakan dan diterangkan oleh ustaz Fauwaz dalam kuliah tersebut.

Aku mengulas kerana sedih dengan golongan yang bergelar “USTAZ“ tetapi begitu mudah menggelarkan Ustaz Fauwaz sebagai SESAT!...Peristiwa ini membuatkan aku teringat peristiwa yang hampir sama pernah berlaku kepada Tuan Guru Nik Aziz apabila beliau mengatakan Allah Maha “Samseng“..

Aku sedar, bukan taraf aku.. seorang yang berilmu agama cetek untuk mengulas perkara ini.. tapi, ada sesuatu yang perlu disedari oleh setiap orang muslim dan setiap muslim WAJIB prihatin dan tahu akan hal ini

SELIDIK SESUATU DENGAN TELITI DAN TELUS SEBELUM MENGHUKUM!!!,

BERFIKIR DENGAN AKAL YANG WARAS DAN ILMU,

TANYALAH KEPADA YANG LEBIH TAHU....

MURABBI

Sedar tak sedar.. diri aku makin jauh dengan Allah.. entah! Kesibukan dengan pelajaran dan jawatan membuatkan amalan aku kepada Allah makin kurang...

Dalam ketika itu, aku mula terfikir... kepentingan seorang Murabbi....

Murabbi... apa yang aku faham? Murabbi lebih tinggi martabatnya daripada seorang guru.. seorang guru mungkin sahaja mengajar dan mencurahkan ilmu.. tetapi seorang murabbi, juga mencurahkan ilmu malah sentiasa membimbing dan menasihati anak muridnya kearah membina peribadi muslim yang mulia...

Bagi aku, bukan sijil... bukan pengiktirafan mahupun pengakuan “ aku adalah murabbi engkau“ sebagai tanda dia adalah seorang murabbi... tetapi, orang yang ikhlas memberi ilmu dan membimbing aku ke arah yang lebih baik.. tempat aku mencurahkan masalah dan dia memberikan jalan penyelesaian bersesuaian dengan keredhaan Allah..menasihati aku supaya aku terdorong ke arah Allah Taala... itulah Murabbi....

Nak kongsi cerita yang aku rembat dari blog abang kadir ..http://drkadir.blogspot.com (maaf ye abang kadir hehehe) (bukan sebijik la tapi point tetap sama)

Dalam sebuah kampung ada seorang pemuda yang cukup liat nak solat... dah puas penduduk kampung nasihat. Tapi, masih tak nak solat lagi. Berita ini sampai kepada pengetahuan seorang ulamak. Pada suatu hari, ulamak itu berjumpa dengan pemuda tersebut dan mengucapkan dengan suara yang sangat lembut ..”solatlah”. Dengan izin Allah, lembut pemuda itu dan pemuda itu menjaga solatnya…

Sememangnya hidayah itu dari Allah SWT dan bukan daripada makhluk… tetapi makluk mampu membawa seseorang kepada pintu hidayah Allah…dan di sini.. keikhlasan memainkan peranan yang sangat penting…selain hikmah dalam dakwah.
kerana KEIKHLASAN itulah yang benar-benar membawa seseorang itu kepada pintu hidayah Allah.KEIKHLASAN mampu melenturkan ego,melembutkan hati manusia..

Dewasa kini... fenomena yang sedar tidak sedar berlaku..Tahap pentarbiyahan pelajar-pelajar di sekolah, membimbangkan ..Pernahkah kita terfikir? Sekadar berkongsi cerita,luahan hati seorang ibu.. mak aku, seorang guru… katanya, guru sekarang hanya pandai mengajar tetapi tidak pandai mendidik.. memang betul. Sebab itu pelajar cemerlang dalam pelajaran ramai tetapi yang cemerlang dalam akhlak sedikit sangat...Memang wajar ada perasaan risau dalam hati kita bagaimana agaknya zaman anak cucu kita nanti.. fikir-fikirkan laaaa

WAJIBUSSYABAB

Taklifan sebagai timbalan naqib untuk Smart circle (SC) a.k.a usrah memang banyak memberikan faedah. Kesibukan sebagai salah seorang barisan pimpinan pelajar, alhamdulillah, tidak menjadi penghalang untuk aku menambah thaqafah diri.

Antara silibus SC untuk tahunan ini adalah buku karangan Al-‘allamah Sheikh Yusof Al-Qardawi bertajuk “Kewajipan Remaja Muslim Masa Kini”..

Dengan bantuan buku yang telah diterjemah oleh Ustaz Fauwaz bin Fadzil Noor, Alhamdulillah aku dapat memahami dengan lebih dalam isi buku tersebut dalam masa yang agak singkat. Maklumlah, bahasa arabku masih lintang pukang. Nak baca yang bahasa Arab, seminggu pun belum tentu habis disebabkan syndrom malas-bukak-kamus kronik yang aku hidapi.

Teringin hati nak kongsi sedikit cerita-cerita yang terdapat dalam buku ini.. Kewajipan remaja muslim hari ini yang dianjurkan oleh Sheikh Yusof adalah :

  1. Kewajipan memahami Islam secara sahih
  2. kewajipan beramal dengan Islam
  3. kewajipan berdakwah kepada Islam
  4. kewajipan bersatu di atas Islam

Islam telah mempamerkan model-model muslim yang boleh dijadikan contoh teladan kepada kita, remaja muslim hari ini. Sudah tentu model utama kita, Nabi Junjungan Muhammad SAW. Seterusnya para sahabat baginda.


Ada juga suara-suara sinis berkata.. “alah! Boleh la.. Rasulullah tu Rasul.. memang la confirm baik..” .Terfikirkah kita, Perlantikan Rasulullah SAW sebagai rasul tidak menghilangkan sifat-sifat semulajadi,fitrah sebagai manusia yang ada pada baginda.

Baginda juga ada nafsu, makan dan tidur.

Mengapa tidak Allah jadikan rasul daripada kalangan Malaikat? Mereka dicipta daripada Nur... sangat patuh dan taat kepada Allah.. tidak pernah melakukan maksiat..Semua ini kerana fitrah yang berlainan. Tentulah manusia sukar untuk mengikuti dan menjadikan mereka sebagai contoh teladan.

Dari sudut dalil naqlinya, Al-Quran juga menyeru manusia menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan dalam kehidupan. Sunnah apatah lagi, kerana sunnah Rasullah itu sendiri menggambarkan sistem kehidupan Rasulullah sebagai ikutan manusia umumnya, Muslimin khususnya.

Jika diteliti sejarah permulaan penyebaran dan kebangkitan Islam di Makkah, banyak digalas oleh pemuda-pemuda seperti Saidina Abu Bakar,38 tahun, Saidina Umar 28 tahun dan Saidina Ali 10 tahun. Begitu juga para sahabat yang lain.

Zaman remaja, memang zaman yang penuh dengan mehnah dan cabaran. Diri yang dhoif ini juga selalu hanyut dalam arus godaan zaman ini. Sama-sama kita pastikan sekurang-kurangnya ada bakti yang dicurahkan kepada Islam pada zaman muda kita selagi kekuatan yang Allah kurniakan kepada kita masih banyak.

Islam tanpa sumbangan kita sudah dijanjikan akan menang tetapi Kita belum pasti “menang” tanpa sumbangan terhadap Islam.

NIKMAT KESATUAN

Pening kepala memikirkan gelagat orang di sekeliling.. Ikutkan hati.. nak je aku pergi ber’uzlah kat mana-mana.

Aku bukanlah jenis ’mat stadi’. Memang jenis malas belajar.Masalah hati banyak ni. Ya Allah! Moga Engkau ampuni hamba MU yang hina ni..so, akibatnya banyak la masalah dalam pelajaran.Banyak tak cover, tak faham dll

Dalam hati bercelaru fikirkan stadi, masalah umat kena fikir jugak... hmmm.. membuatkan aku makin pening. Entah la. Aku memang bukan orang yang baik. Jahat ni.

Baru nak berjinak-jinak pakai kopiah balik. Tapi syukur, sejahat-jahat hati aku ni masih ade jugak la ruang hati aku ni nak fikir masalah ummat.

Takut gak baca dan dengar hadith Nabi SAW, “Barangsiapa yang tidak mengendahkan hal-hal ummat kami, maka mereka bukan dari kalangan kami”.(au kama qal) Ish! Bahaya giler la kalau Rasulullah SAW tak mengaku aku ni ummat Baginda.

Dalam hati terfikir, alangkah bahagianya hidup ni kalau semua umat Islam SATU FIKRAH SATU AMAL.. opss! Aku bukan cakap pasal perbezaan pendapat @ khilaf ulamak pasal fiqh ye. Khilaf Ulamak Fiqh tu kan satu rahmat yang Allah berikan. Memudahkan ummat untuk melakukan ibadat selagimana tidak lari dari usul syariah Islamiyyah..

TAPI, kalau perkara-perkara dakwah, gerak kerja semua nak berpecah... Bukan ke MUSIBAH tu.. apatah lagi wujub pulak fenomena CELA MENCELA,KUTUK MENGUTUK dan BOIKOT MEMBOIKOT..

Nak salahkan orang.. Aku pun same...

Nak salahkan orang.. normal la akhir zaman

Nak salahkan orang…ish, teruknya aku.. asyik salahkan orang..

Habis.. SALAH SIAPA???

Aku menulis kerana aku tahu, walaupun aku ni jahat, aku masih ade akal yang waras untuk melaksanakan amanah.Cuma cabarannya memang sangat banyak. Aku ingin BAHAGIA BERSAMA KESATUAN DALAM ISLAM!!!!

HAKIKAT PERSAHABATAN

Sahabat, kawan, kenalan, teman adakah sama? Jika soalan ini aku tanyakan kepada guru Bahasa Malaysiaku dahulu, sudah tentu jawapannya... perkataan-perkataan itu adalah sinonim, membawa erti yang sama...

Namun, itu dahulu, ketika aku masih berada di zaman persekolahan. Fikiranku masih tertutup...Sekarang, aku mula berfikir apakah perbezaan perkataan-perkataan ini dari sudut perbahasan dan pandangan ulamak..

“kenalan ialah figure yang anda kenali dalam apa jua kesempatan. Ia belum tentu boleh menjadi rakan atau sahabat. Ia adalah peringkat perkenalan yang pertama di mana manusia terdedah dengan pertemuan yang dirancang atau tidak

Teman pula ialah mereka yang menemani anda dalam sesuatu fungsi atau acara. Ia mungkin kenalan anda atau insan yang berpotensi untuk menjadi rakan atau sahabat atau mungkin juga berpotensi menjadi musuh anda. Ia lebih merujuk kepada fungsi menemani seseorang dalam situasi tertentu

Rakan ialah figure yang anda selalu berinteraksi dengannya samada kerana jawatan atau tempat seperti rakan sejawat, rakan setempat tinggal dan sebagainya. Lumrahnya terdapat pertemuan dan perulangan interaksi dengannya kerana pekerjaan atau kerana lokasi dan kejiranan

Sahabat pula ialah orang yang anda mempunyai hubungan yang sangat akrab dengannya, dimana anda dapat mengharapkan pertolongannya ketika berhadapan dengan kesulitan.Sahabat adalah rakan karib yang dapat membantu anda. Sahabat mempengaruhi sikap seseorang. Sahabat mempunyai martabat yang lebih khusus dan tinggi dalam hiraki perkenalan. Sahabat adalah bagaikan cermin untuk anda dapat membetulkan kecacatan diri,penampilan rupa diri,mendapat kritikan dan teguran yang membina dan sebagainya“

Dipetik daripada kertas kerja :Ustaz Abdul Ghani Samsudin

Sedarkah kita hakikat sebenar persahabatan dalam Islam. Lidah mudah melafazkan “Sudah tentu kerana Allah“... namun bagaimana dengan perbuatan kita??? Sedarkah kita, kadang-kadang kita mudah bertindak mengikut nafsu dan darah muda kita yang masih panas..

Pernahkah kita menghayati kata-kata idola umat Islam,Assyahid Hassan Al-Banna. “Serendah-rendah maqam persahabatan adalah berlapang dada“

Bagaiman pula yang paling tinggi? Itulah Ithar (melebihkan @mendahulukan sahabat)

Pernahkah kita mengamalkannya? Jari-jari yang rancak menaip ini juga belum pasti mencapai tahap itu.

Terkenang kata-kata sahabatku ketika kami membincangkan bab ini....hari ini, pelbagai masalah kesatuan telah melanda umat islam.. Perpecahan umat berlaku di mana-mana.. Hatta, di Bumi Anbiya’ ini juga. Bukan persilisihan mazhab fiqh (syafie,maliki,hambali dan hanafi) yang aku tujukan .. tetapi perpecahan dalam pergerakan dakwah....

Semangat mempertahankan gerakan atau jemaah masing-masing kadang-kala kita terlupa untuk menghayati dan mengamalkan hakikat sebenar persahabatan... hatta dalam hal-hal percanggahan dalam masalah ibadah seperti mana yang hangat diperkatakan di Malaysia sekarang... Isu Wahabi..

Malah dari percanggahan pendapat dalam bidang politik sekalipun.. kita hendaklah sedar...KITA DAN MEREKA ADALAH MUSLIMIN...

Memang benar, mereka mengatakan amalan-amalan kita bid’ah, memang benar mereka lebih suka pemerintahan sekular diadakan.. tapi, hak mereka sebagai seorang muslim tidak pernah jatuh selagi mereka mengaku Allah adalah Tuhan yang Esa, dan Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah SWT...

Biar kita bermati-matian menegakkan kebenaran, mempertahankan pendapat kita, menumbangkan sekularisme tanpa melupakan hakikat persahabatan dalam Islam..

Kita dan mereka adalah saudara seagama.Ketika mereka menghadapi kesukaran, bantulah mereka. Ketika mereka sakit, ziarahilah mereka. Mereka adalah saudara kita. Kerana di luar sana, mata-mata jahat orang-orang kafir sedang memerhatikan “gelagat muslimin di pentas buatan mereka“ sambil mentertawakan kita.

Aku hanya menyampaikan isi hati. Ini sahaja yang aku mampu nukilkan. InsyaAllah, jika ada lagi ilmu aku akan kongsi.

AKU GIAN MENULIS

Sedar tak sedar, dah banyak juga post dalam blog ni.. hmmm... mungkin aku dah ’gian mengarang’ .

Sebenarnya, banyak lagi yang ingin aku nukilkan dalam blog aku ini. Tapi memandangkan kesempitan waktu dan fenomena lupa isi yang kerap berlaku, aku tidak sampai ke tahap ’Gian Mengarang yang Kronik’.. hanya kadang-kadang ketika aku malas untuk study... aku akan memerah otak menaip sedikit ilmu untuk tatapan bersama..

Sememangnya aku memang nak sangat-sangat berkongsi ilmu yang aku dapat di Syurga Ilmu ni bersama sahabat-sahabat. Selain itu, dapat juga aku menyumbang ke arah dakwah islamiah walaupun diri ini bukanlah baik sangat.

Sedikit hadith Rasulullah SAW untuk kita kongsi bersama-sama

’lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata-kata’

Daripada hadith ini, kita boleh lihat daripada dua sudut yang berbeza..Pertamanya dari sudut orang yang memberi kata-kata nasihat.Mereka hendaklah berhikmah dalam mengucapkan kata-kata.. Jika hendak membincangkan tentang hikmah, sudah tentu sampai luse pun tak habis kot. Kita, yang memberi nasihat juga perlulah cuba untuk memperbaiki diri kita dari masa ke semasa. Bukan sekadar memberi nasihat sahaja. Kerana dakwah yang paling berkesan adalah dakwah “bil hal“ iaitu sebagai contoh teladan.

Dari sudut orang yang menerima nasihat pula, janganlah kita terlalu cepat melatah apabila tiba nasihat daripada sahabat. Kawal emosi dan fikirkan secara lebih positif. Aku bukanlah seorang pakar motivasi malah diri ini juga masih jahat. Sama-sama kita berubah ya kawan-kawan.......

Alangkah indahnya jika kita hidup dalam masyarakat yang solehah...tiada gangguan puaka masalah sosial... hidup tenang, aman... semua beramal dengan dengan ajaran Islam yang syumul.. bukan sekadar ambil yang berkenan dihati...

Entah! Aku pun tak tahu layakkah aku berkata-kata begini... tapi, yang pasti... aku juga ingin berdakwah.. aku juga menyampaikan ilmuku yang cetek ini kepada orang lain...

MARI BERDAKWAH!!!!!

Malam 27 Ramadhan, malam yang popular dengan malam berlakunya malam Lailatul Qadar…. Maha Suci Allah sahaja Maha Mengetahui. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan sebagaimana yang diterangkan Allah dalam surah Al-Qadr..

Sebagaimana fenomena biasa malam tersebut, masjid-masjid besar di sekitar mesir akan penuh.. masing-masing memburu malam yang dijanjikan Allah itu... Tp, aku? Hmmm.. malam itu aku pula melencong ke Hayyu ’Asyir.

Aku sebenarnya menjadi bidan terjun menggantikan Dr Firdaus untuk menyampaikan ceramah kesihatan untuk pelajar-pelajar Al-Azhar baru di Rumah Pahang.. Agak keberatan juga aku nak terima pada mulanya.. tp, entah la dari mana aku dapat kekuatan untuk menerimanya...

Tiada apa yang menarik sangat pun.. Cuma,aku nak ajak kawan-kawan terutamanya yang belajar medik untuk menghayati kata-kata imam kita, imam As Syafie... sebagaimana aku pinta ustaz-ustaz pahang hayati

Beliau berkata.

Ilmu terbahagi kepada dua.. ilmu fiqh islam untuk rohani dan ilmu tibb untuk badan..

(aku simpulkan .. maaf aku tak jumpa buku tu)

Sememangnya dalam diri manusia itu terdapat 2 unsur besar iaitu rohani dan jasmani.. jika kedua-dua ini tidak dijaga dengan elok maka akan berlakulah kepincangan dalam hidup ini...

NAMUN, ketika mana kedua-dua unsur ini mempunyai kepentingan masing-masing.. tidakkah kita sedar.. sebenarnya, unsur Rohani itu lebih memainkan peranan yang besar dalam hidup ini…

Jika rosak jasmani, maka rugi kita di dunia.. tapi kalau rosak rohani…. Minta dijauhkan Allah… rugi kita di dunia dan akhirat.. Bukankah begitu?

Jadi, sekurang-kurangnya… cubalah kita mantapkan rohani kita agar kita tidak rugi di kedunia dan selepasnya...

Sebagai akhirnya.. marilah kita renung sepotong hadith Rasulullah SAW

“Barang siapa yang dikehendaki Allah baginya kebaikan,maka Allah menjadikannya pandai di dalam perkara agama…………”

Riwayat Bukhari

BERIMANKAH KITA?

Tika aku membaca buku yang menarik… berjudul TABBARRUJ DOSA BERHIAS –Bagaimana mengenalinya & menghindarinya…aku tertarik dengan beberapa rangkap ayat yang tentang fenomena hari ini…

Sedih hati ini… walaupun aku ini bukan la baik sangat tapi sekurang-kurangnya aku sedar akan hakikat iman….

Mungkin post kali ini lebih menjurus kepada wanita.. tp, diharapkan sahabat-sahabat lelaki juga akan mendapat manfaat untuk kita sebagai pemimpin keluarga pada masa akan datang...

Beberapa perenggan dari buku ini

“Wahyu Allah menolak ’fatwa’ sesetengah golongan yang menolak cara berpakaian yang diperintahkan oleh syariat dengan tafsiran sesat lagi menyesatkan.

Mereka mendakwa tidak perlu memakai tudung kerana tudung adalah budaya orang Arab dan memakai tudung atau tidak adalah tidak penting kerana yang lebih penting adalah ketaqwaan di dalam hati.

Memang benar, wanita yang memakai tudung yang sempurna belum tentu dia adalah mukminah.Dengan memakai tudung tidak automatik menjadi mukminah. Tetapi tidak bermakna pemakaian tudung itu tidak wajib dan yang wajib itu ialah memakai tudung atas dasar imam sebab ia adalah perintah sedang Allah SWT menguji keteguhan iman.

Orang bukan mukminah yang memakai tudung sekurang-kurangnya mahu dia dianggap wanita yang baik dan dia tidak berani melakukan sesuatu yang bertentangan dengan jiwa keimanannya.“

Isu ini juga disentuh oleh penceramah jemputan ketika smart circle gabungan yang diadakan di markaz BPI (rumah abang kadir)...

Bagi sahabat yang gemar menonton Dragon Ball seperti saya... kita dapat lihat bagaimana cahaya dan elektrik akan meliputi badan Goku apabila dia berubah menjadi Super Saiya...

Nak gambarkan betapa kuatnya aura kekuatan yang terdapat dalam dirinya...

Bagaimana pula dengan AURA IMAN???

Sedar tak sedar.. aura iman ini akan terhasil dengan mulianya akhlak..taat kepada Allah...

Membawa kepada pemeliharaan diri dari perkara-perkara yang haram, syubhah malah makhruh...alangkah hebatnya aura ini..membawa kepada ketaatan yang wajib malah yang sunat.

Alangkah tak malunya orang yang berakhlak buruk tetapi masih mampu berkata-kata

“ Alah, aku berperangai buruk pun, aku tak pakai tudung pun tapi iman aku tetap teguh dalam hati“ BERIMANKAH KITA????