Saturday, December 8, 2007

HAKIKAT PERSAHABATAN

Sahabat, kawan, kenalan, teman adakah sama? Jika soalan ini aku tanyakan kepada guru Bahasa Malaysiaku dahulu, sudah tentu jawapannya... perkataan-perkataan itu adalah sinonim, membawa erti yang sama...

Namun, itu dahulu, ketika aku masih berada di zaman persekolahan. Fikiranku masih tertutup...Sekarang, aku mula berfikir apakah perbezaan perkataan-perkataan ini dari sudut perbahasan dan pandangan ulamak..

“kenalan ialah figure yang anda kenali dalam apa jua kesempatan. Ia belum tentu boleh menjadi rakan atau sahabat. Ia adalah peringkat perkenalan yang pertama di mana manusia terdedah dengan pertemuan yang dirancang atau tidak

Teman pula ialah mereka yang menemani anda dalam sesuatu fungsi atau acara. Ia mungkin kenalan anda atau insan yang berpotensi untuk menjadi rakan atau sahabat atau mungkin juga berpotensi menjadi musuh anda. Ia lebih merujuk kepada fungsi menemani seseorang dalam situasi tertentu

Rakan ialah figure yang anda selalu berinteraksi dengannya samada kerana jawatan atau tempat seperti rakan sejawat, rakan setempat tinggal dan sebagainya. Lumrahnya terdapat pertemuan dan perulangan interaksi dengannya kerana pekerjaan atau kerana lokasi dan kejiranan

Sahabat pula ialah orang yang anda mempunyai hubungan yang sangat akrab dengannya, dimana anda dapat mengharapkan pertolongannya ketika berhadapan dengan kesulitan.Sahabat adalah rakan karib yang dapat membantu anda. Sahabat mempengaruhi sikap seseorang. Sahabat mempunyai martabat yang lebih khusus dan tinggi dalam hiraki perkenalan. Sahabat adalah bagaikan cermin untuk anda dapat membetulkan kecacatan diri,penampilan rupa diri,mendapat kritikan dan teguran yang membina dan sebagainya“

Dipetik daripada kertas kerja :Ustaz Abdul Ghani Samsudin

Sedarkah kita hakikat sebenar persahabatan dalam Islam. Lidah mudah melafazkan “Sudah tentu kerana Allah“... namun bagaimana dengan perbuatan kita??? Sedarkah kita, kadang-kadang kita mudah bertindak mengikut nafsu dan darah muda kita yang masih panas..

Pernahkah kita menghayati kata-kata idola umat Islam,Assyahid Hassan Al-Banna. “Serendah-rendah maqam persahabatan adalah berlapang dada“

Bagaiman pula yang paling tinggi? Itulah Ithar (melebihkan @mendahulukan sahabat)

Pernahkah kita mengamalkannya? Jari-jari yang rancak menaip ini juga belum pasti mencapai tahap itu.

Terkenang kata-kata sahabatku ketika kami membincangkan bab ini....hari ini, pelbagai masalah kesatuan telah melanda umat islam.. Perpecahan umat berlaku di mana-mana.. Hatta, di Bumi Anbiya’ ini juga. Bukan persilisihan mazhab fiqh (syafie,maliki,hambali dan hanafi) yang aku tujukan .. tetapi perpecahan dalam pergerakan dakwah....

Semangat mempertahankan gerakan atau jemaah masing-masing kadang-kala kita terlupa untuk menghayati dan mengamalkan hakikat sebenar persahabatan... hatta dalam hal-hal percanggahan dalam masalah ibadah seperti mana yang hangat diperkatakan di Malaysia sekarang... Isu Wahabi..

Malah dari percanggahan pendapat dalam bidang politik sekalipun.. kita hendaklah sedar...KITA DAN MEREKA ADALAH MUSLIMIN...

Memang benar, mereka mengatakan amalan-amalan kita bid’ah, memang benar mereka lebih suka pemerintahan sekular diadakan.. tapi, hak mereka sebagai seorang muslim tidak pernah jatuh selagi mereka mengaku Allah adalah Tuhan yang Esa, dan Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah SWT...

Biar kita bermati-matian menegakkan kebenaran, mempertahankan pendapat kita, menumbangkan sekularisme tanpa melupakan hakikat persahabatan dalam Islam..

Kita dan mereka adalah saudara seagama.Ketika mereka menghadapi kesukaran, bantulah mereka. Ketika mereka sakit, ziarahilah mereka. Mereka adalah saudara kita. Kerana di luar sana, mata-mata jahat orang-orang kafir sedang memerhatikan “gelagat muslimin di pentas buatan mereka“ sambil mentertawakan kita.

Aku hanya menyampaikan isi hati. Ini sahaja yang aku mampu nukilkan. InsyaAllah, jika ada lagi ilmu aku akan kongsi.

No comments: