Sedar tak sedar, dah banyak juga post dalam blog ni.. hmmm... mungkin aku dah ’gian mengarang’ .
Sebenarnya, banyak lagi yang ingin aku nukilkan dalam blog aku ini. Tapi memandangkan kesempitan waktu dan fenomena lupa isi yang kerap berlaku, aku tidak sampai ke tahap ’Gian Mengarang yang Kronik’.. hanya kadang-kadang ketika aku malas untuk study... aku akan memerah otak menaip sedikit ilmu untuk tatapan bersama..
Sememangnya aku memang nak sangat-sangat berkongsi ilmu yang aku dapat di Syurga Ilmu ni bersama sahabat-sahabat. Selain itu, dapat juga aku menyumbang ke arah dakwah islamiah walaupun diri ini bukanlah baik sangat.
Sedikit hadith Rasulullah SAW untuk kita kongsi bersama-sama
’lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata-kata’
Daripada hadith ini, kita boleh lihat daripada dua sudut yang berbeza..Pertamanya dari sudut orang yang memberi kata-kata nasihat.Mereka hendaklah berhikmah dalam mengucapkan kata-kata.. Jika hendak membincangkan tentang hikmah, sudah tentu sampai luse pun tak habis kot. Kita, yang memberi nasihat juga perlulah cuba untuk memperbaiki diri kita dari masa ke semasa. Bukan sekadar memberi nasihat sahaja. Kerana dakwah yang paling berkesan adalah dakwah “bil hal“ iaitu sebagai contoh teladan.
Dari sudut orang yang menerima nasihat pula, janganlah kita terlalu cepat melatah apabila tiba nasihat daripada sahabat. Kawal emosi dan fikirkan secara lebih positif. Aku bukanlah seorang pakar motivasi malah diri ini juga masih jahat. Sama-sama kita berubah ya kawan-kawan.......
Alangkah indahnya jika kita hidup dalam masyarakat yang solehah...tiada gangguan puaka masalah sosial... hidup tenang, aman... semua beramal dengan dengan ajaran Islam yang syumul.. bukan sekadar ambil yang berkenan dihati...
Entah! Aku pun tak tahu layakkah aku berkata-kata begini... tapi, yang pasti... aku juga ingin berdakwah.. aku juga menyampaikan ilmuku yang cetek ini kepada orang lain...
MARI BERDAKWAH!!!!!
No comments:
Post a Comment