Saturday, December 8, 2007

NILAI SUATU KEFAHAMAN

Hati tercuit untuk melawat ke laman blog seorang ustaz. Entah mengapa hati teringin sekali membaca..Sedang aku asyik meneliti artikle yang dinukilkan.. tiba-tiba mataku terpaku pada suatu nama dalam article tersebut.. Fauwaz bin Fadzil Noor .. Ustaz aku..

Maka, ia menjadi stimulant kepadaku untuk aku terus membaca..dalam keadaan agak faham dan tak faham.. (samar-samar… memang sepatutnya mengikut tahap ilmuku yang cetek ini)…namun, apa yang aku dapat simpulkan, ustaz tersebut menggunakan uslub komen terhadap ustaz fauwaz atas tajuk “wanita seharusnya menuntut hak untuk menunaikan solat jumaat”…

Hmmm…berdasarkan hadith-hadith yang aku baca dari blog beliau… sememangnya benar apa yang beliau katakan. Namun, hati ini masih belum puas… apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Ustaz Fauwaz mengenai menuntut hak ini..

Hari berganti hari, minggu berganti minggu… maka Alhamdulillah rezeki aku dapat berjumpa kembali dengan Ustaz Fauwaz, seorang ulamak yang aku hormati.. juga anak kepada seorang ulamak. Sebenarnya, niat aku pada mulanya ingin menziarahi beliau yang sedang sakit… tp, bak kata pepatah.. sambil menyelam minum air.. walaupun dari sudut logiknya tidak dapat diterima akal… giler ape minum air mase menyelam..!

Soalan diajukan dan tersentuh hati aku mendengar penjelasan Ustaz Fauwaz.. Beliau sebenarnya dijemput untuk memberikan ceramah mengenai sistem ekonomi islam, hak-hak wanita dan beberapa tajuk lagi di Malaysia.. Beliau tidak menyangka ceramah ini juga dihadiri oleh wartawan.

Ustaz menceritakan fenomena-fenomena ’pelik’ yang berlaku dalam masyarakat kita mengenai golongan wanita yang bersuara menuntut hak-hak mereka.. macam2... wanita sekarang menuntut hak untuk mencari nafkah.. ini mungkin boleh diterima lagi.. ade juga menuntut hak untuk membeli belah dan macam-macam lagi..Jadi, sebagai saranan dan nasihat Ustaz Fawwaz kepada hadirin, adalah lebih baik bagi kaum wanita untuk menuntut hak mereka terhadap perkara-perkara ukhrawi, bukan sekadar hak-hak duniawi sahaja.. dan salah satu contoh yang beliau berikan adalah hak untuk solat jumaat.

Mungkin perselisihan ini berlaku bermula kerana pelbagai tafsiran mengenai kalimah “hak“ itu...

Kita mengetahui, tidak salah bagi wanita untuk solat jumaat bukan? Bermakna , mereka juga ada hak (diberi peluang) untuk sama-sama menghadiri solat jumaat selagi mana tidak mendatangkan fitnah. Jadi, salahkah mereka menuntut diberi peluang untuk pihak masjid menyediakan ruangan khas kepada mereka (selalunya, ruangan wanita akan dipenuhi jemaah lelaki)...dan ruang masa..

Itu pun jika ade ruang lebih dan masih ada ruang...Khutbah Jumaat itu adalah suatu tazkirah, peringatan, majlis ilmu...salahkah mereka sertai daripada mereka keluar shopping je....?

Begitulah yang aku faham berkenaan perkara tersebut setelah mendengar ulasan dari mulut ustaz Fauwaz sendiri..Ada pihak yang meng’quote’ kata-kata ustaz Fauwaz ’wanita seharusnya menuntut hak mereka untuk solat jumaat’... hanya setakat itu tanpa menerangkan dan menghuraikan apa maksud dan keadaan sebenar yang diperkatakan dan diterangkan oleh ustaz Fauwaz dalam kuliah tersebut.

Aku mengulas kerana sedih dengan golongan yang bergelar “USTAZ“ tetapi begitu mudah menggelarkan Ustaz Fauwaz sebagai SESAT!...Peristiwa ini membuatkan aku teringat peristiwa yang hampir sama pernah berlaku kepada Tuan Guru Nik Aziz apabila beliau mengatakan Allah Maha “Samseng“..

Aku sedar, bukan taraf aku.. seorang yang berilmu agama cetek untuk mengulas perkara ini.. tapi, ada sesuatu yang perlu disedari oleh setiap orang muslim dan setiap muslim WAJIB prihatin dan tahu akan hal ini

SELIDIK SESUATU DENGAN TELITI DAN TELUS SEBELUM MENGHUKUM!!!,

BERFIKIR DENGAN AKAL YANG WARAS DAN ILMU,

TANYALAH KEPADA YANG LEBIH TAHU....

No comments: