Taklifan sebagai timbalan naqib untuk Smart circle (SC) a.k.a usrah memang banyak memberikan faedah. Kesibukan sebagai salah seorang barisan pimpinan pelajar, alhamdulillah, tidak menjadi penghalang untuk aku menambah thaqafah diri.
Antara silibus SC untuk tahunan ini adalah buku karangan Al-‘allamah Sheikh Yusof Al-Qardawi bertajuk “Kewajipan Remaja Muslim Masa Kini”..
Dengan bantuan buku yang telah diterjemah oleh Ustaz Fauwaz bin Fadzil Noor, Alhamdulillah aku dapat memahami dengan lebih dalam isi buku tersebut dalam masa yang agak singkat. Maklumlah, bahasa arabku masih lintang pukang. Nak baca yang bahasa Arab, seminggu pun belum tentu habis disebabkan syndrom malas-bukak-kamus kronik yang aku hidapi.
Teringin hati nak kongsi sedikit cerita-cerita yang terdapat dalam buku ini.. Kewajipan remaja muslim hari ini yang dianjurkan oleh Sheikh Yusof adalah :
- Kewajipan memahami Islam secara sahih
- kewajipan beramal dengan Islam
- kewajipan berdakwah kepada Islam
- kewajipan bersatu di atas Islam
Islam telah mempamerkan model-model muslim yang boleh dijadikan contoh teladan kepada kita, remaja muslim hari ini. Sudah tentu model utama kita, Nabi Junjungan Muhammad SAW. Seterusnya para sahabat baginda.
Baginda juga ada nafsu, makan dan tidur.
Mengapa tidak Allah jadikan rasul daripada kalangan Malaikat? Mereka dicipta daripada Nur... sangat patuh dan taat kepada Allah.. tidak pernah melakukan maksiat..Semua ini kerana fitrah yang berlainan. Tentulah manusia sukar untuk mengikuti dan menjadikan mereka sebagai contoh teladan.
Dari sudut dalil naqlinya, Al-Quran juga menyeru manusia menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan dalam kehidupan. Sunnah apatah lagi, kerana sunnah Rasullah itu sendiri menggambarkan sistem kehidupan Rasulullah sebagai ikutan manusia umumnya, Muslimin khususnya.
Jika diteliti sejarah permulaan penyebaran dan kebangkitan Islam di Makkah, banyak digalas oleh pemuda-pemuda seperti Saidina Abu Bakar,38 tahun, Saidina Umar 28 tahun dan Saidina Ali 10 tahun. Begitu juga para sahabat yang lain.
Zaman remaja, memang zaman yang penuh dengan mehnah dan cabaran. Diri yang dhoif ini juga selalu hanyut dalam arus godaan zaman ini. Sama-sama kita pastikan sekurang-kurangnya ada bakti yang dicurahkan kepada Islam pada zaman muda kita selagi kekuatan yang Allah kurniakan kepada kita masih banyak.
Islam tanpa sumbangan kita sudah dijanjikan akan menang tetapi Kita belum pasti “menang” tanpa sumbangan terhadap Islam.
No comments:
Post a Comment