Sunday, September 23, 2007
Aku Lupa Untuk Menangis
2 Hari terlantar kat atas katil. Penin kepala.tahap chronic dah ni. 2 hari sakit tak henti-henti. Setiap kali gerakkan biji mata, terasa kepala berpusing. kalau berdiri rase nak rebah apa lagi kalau nak berjalan.
4 biji paracetamol dah ditelan. bahagian belakang kepalaku dah "berlubang" dek kena bekam ngan kawan.doa berjela2 aku panjatkan mase majlis ilmu di bulan ramdhan ni. macam2 ikhtiar dah try. Allah tak izinkan aku baik lagi.Tak jadik gak.besar sangt dosa aku ni kot. Akhirnya, hospital gak la aku tuju setelah mendapat sedikit nasihat dari senior yang aku sayangi abang iqbal munawwir.
dipendekkan cerita, setelah jumpe doktor, doktor letak cecair kat mata(ophthalmic drops).. lebih kurang cam "eyemore moist"laaa...
aduh! terasa pedih jap mate... meleleh air mataku yang sgt berharga semahal ego lelakiku ke pipiku yang amat chubby...
Fuuhh...lega sekali! penglihatanku kian cerah kembali.Doktor "membekalkanku" ophthalmic drops dan extra paracetamol. tika kaki melangkah keluar.. hati tiba2 sebak...
Aku teringat sesuatu... ya.. hikmah disebalik aku sakit mata..pernah aku terfikir.. mengapa kita digalakkan menangis? bukan ke menangis itu sifat seorang yang lemah? penakut? Pengecut?... bila aku amati, pabila aku menangis, hatiku lega. hatiku terasa lembut, hatiku terasa lebih rendah diri.
dari sudut saintifiknya... hmmm menangis itu boleh membersihkan mata kita.. terutamanya bagi kita yang berada di negara mesir ini, habuk dan ribut pasir sudah menjadi mainan harian.
aku aku juga ada mendengar kata2 ustazku.. menangis ini boleh memanjangkan umur.. Wallahutaala A'lam.
aku sudah lama tidak menangis..ya Allah! janganlah kau keraskan hatiku ini...
Teringat pesanan rasulullah SAW lebih kurang begini bunyinya.. "bergaullah dengan orang yang selalu menangis kerana mereka mempunyai hati yang lembut."
Umar Al-Khattab RA,seorang yang terkenal dengan sifat begis dan pemarah, pabila beliau memeluk Islam, beliau melazimi ibadahnya dengan tangisan..
WAHAI HATI... MENANGISLAH! SEMOGA HATIMU KIAN LEMBUT. NAMUN AWAS! LETAKLAH TANGISANMU PADA TEMPAT YANG SELAYAKNYA!
MENANGISLAH DEMI TUHANMU... MOHONLAH KEAMPUNAN TUHANMU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment