Saturday, September 29, 2007

Kencing Unta =ubat???




Bismillah..

ingin berkongsi ilmu sedikit dengan sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan untuk mengikuti kuliah tafaqquh fiddin bersama dengan Sheikh Nuruddin..

Mungkin ada sahabat sahabiah yang telah mengetahui.. aku tertarik dengan satu hadith Nabi SAW yang baginda ucapkan lebih kurang 1400 tahun dahulu..Kencing Unta @kencing kuda boleh dijadikan ubat....

hmmm.. agak jijik bukan? tapi, ini adalah salah satu hadith Rasulullah..

sebagai rujukan, kitab "Al-I'tibar fil nasakh wal mansukh minal Isar" oleh imam Aba Bakar Muhammad bin Musa Alhazimi Alhamzani"

muka surat 289.


Maksudnya: "Bahawa serombongan suku ‘Ukal seramai lapan orang datang menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu mereka berikrar kepada Nabi untuk masuk Islam. Kemudian cuaca kota Madinah merimaskan mereka dan mengakibatkan tubuh badan mereka sakit-sakit, lalu mereka mengadukan hal itu kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda bersabda kepada mereka: 8


"Barangkali elok kamu pergi bersama tukang gembala kami kepada untanya, kemudian kamu dapatkan air kencing dan susunya." Mereka menjawab: "Baiklah." Mereka pun pergi dan meminum susu dan kencing unta itu, setelah itu mereka pun sihat. Tetapi kemudian mereka membunuh tukang gembala Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu dan merampas unta-untanya........


Di dalam Kitab ini ada disebutkan sanad hadith..Pengajian malam tadi berkaitan hadith ini sebenarnya membincangkan nasakh mansukh dalam hukum Qisas.. hadith ini ada sambungan lagi..


aku cuma nak tekankan tentang salah satu perubatan Rasulullah SAW yang telah terbukti hari ini.. Subhanallah!!!


Percaya atau tak, dah ada segolongan manusia yang menggunakan air kencing sendiri sebagai rawatan pencegahan penyakit. air kencing diminum untuk mencegah dan merawat penyakit-penyakit tertentu... halangan utama dah tentu masalah psychology ..sape sanggup minum angkat tangan!!!!


Bagi pengamal terapi air kencing ini, keistimewaannya sudah tentulah kerana kos yang tidak perlu dikeluarkan hahaha.. free of charge..ade ke yang kena beli?. Jijik atau tidak, suci ataupun najis, penggunaan terapi air kencing ini, ianya sudah diterima oleh sekelompok masyarakat yang percaya akan khasiatnya.




Antara kandungan yang ada dalam air kencing dan faedahnya ialah:


a. Menurut pakar bedah Itali, Stanislau R Burzynski, anti neoplastin yang ada secara berasingan dalam urine menunjukkan keputusan yang menakjubkan dalam merawat penyakit kanser.


b. DHEA (dehydroepindrosterone) yang ada hubungan dengan hormon testosterone dipercayai bertindak sebagai anti penuaan, anti kanser dan anti kegemukan.


c. Urea yang dikitar oleh mulut akan ditukarkan kepada amino acid yang penting, bermanfaat untuk badan.


d. 95% urine adalah air, 2.5 % adalah urea dan 2.5% adalah mineral, garam, hormon dan enzyme. Semua bahan-bahan ini menjadi steril selepas dikeluarkan dari badan.


e. Untuk merawat allergic terutamanya penyakit asma.


f. Rawatan sembelit yang konik


g. Rawatan penyakit kulit


Bagaimana plak dengan hukum?? bukan ke najis tu???

-Jumhur fuqaha' (Maliki, Hanafi, Abu Yusof, Awza'iy,  Hanbali

dan Zuhri) menjelaskan sucinya air kencing binatang yg halal

dagingnya (termasuk unta).

(Syawkani,Nailool Awthor, jilid 1, page 49) ,

sesiapa yg dibesarkan dalam madzhab Syafi'iy tentulah

merasa jijik kerana bagi madzhab Syafi'iy air kencing unta

adalah najis.-



namun, ada segolongan orang yang masih tak dapat terima

hadith ini.. hadith ini telah dimansukhkan tp bukan dari sudut

perubatan ini..tp, dari sudut hukuman qisas...klu sape2 yang

berminat nak tau lebih lanjut,tanyer la orang yang pergi kuliah

hari ini 29 sept..



ini adalah hadith... malah Imam Bukhari juga meriwayatkannya..

jadi, sama2lah kite ambil iktibar.. wassalam





No comments: