Friday, September 28, 2007

Rambut Rock??Rambut Puntianak???




Dengan Nama Allah Yang MAHA Pemurah dan MAHA Penyayang...

tercuit hati melihat sedikit "perdebatan" beberapa sahabatku kat shoutbox blog kawan aku...
isu? isu rambut panjang dikalangan lelaki.....sunnahkah ia?

aku tertarik sebab dalil yang dikeluarkan sangat menarik.. perdebatan tu nampak macam dah nak berakhir.. entah laaa maybe ade episod seterusnya..

sahabat lelaki mempertahankan pendapat bahawa boleh berambut panjang.. tidak menyerupai perempuan..beliau juga memberikan dalil bahawa Junjugan besar kita, Nabi Muhammad SAW kita juga pernah berambut panjang...

memang benar..ada disebutkan dalam kitab syamail muhammadiah karangan Imam Muhammad Bin Isa At-Tarmizi, yang telah di"tahqiq"kan Imam Abdul Majid

rambut nabi dibahagikan kepada 3..(maksudnya, sahabat meriwayatkan ciri2 rambut nabi)

1)Jummah- rambut Nabi sampai ke cuping telinga
2)Limmah-rambut Nabi mencecah bahu
3)Wafrah-rambut Nabi pendek, tidak sampai cuping telinga.

hmm.. jadi, orang yang berambut panjang tu ikut sunnah nabi la?camtu?
Bukan ke Nabi sebut, "setiap amalan itu dikira mengikut apa yang diniatkan......."

Niat aku nak menegur.. memang betul Rasulullah SAW pernah berambut panjang..
Tapi, baginda seorang yang sangat menjaga penampilan diri, kebersihan dan kekemasan.

cuba bayangkan, orang yang berpoligami, kahwin empat, bangga mengatakan dia mengikut sunnah, sedangkan amalan-amalan lain tidak pula dia kerjakan...
aku bukan nak memburukkan orang apatah lagi mengatakan poligami itu salah, tapi gunalah akal, berfikir dengan waras....benarkah ikhlas untuk mengamalkan sunnah.

Jadi bagaimana pula dengan Ustaz Rock, Ustaz Akhil Hayy? bukankah dia berambut panjang...aku naikkan nama ustaz ni sebab sahabat tu juga menggunakan nama Ustaz Akhil sebagai hujah.
Jangan tengok rambut je, kenapa rambut yang hanya dijadikan hujah?

kenapa tak pakaian ustaz tu, yang sentiasa membiasakan diri memakai jubah?? kenapa tidak meniru ustaz itu, yang membiasakan dirinya memakai serban.... hmmmm... fikir-fikirkan laaaa

pernah tak kita terfikir... apa persepsi orang terhadap kita? apatah lagi jika kita berambut panjang, dengan seluar jean koyak kat lutut, ber t-shirt lengan pendek dengan gambar ntah ape-ape..fikirkanlah..

lagipun, bukanlah lelaki berambut panjang itu aib di kaca mata masyarakat melayu kita...
eh, ini bukan kaca mata orang2 bandar... mahupun orang2 sekular. tp kaca mata masyarakat melayu sebenar, yang peka dengan adat budaya serta ajaran agama... fikir2kanlah..
jangan dibuang adat ini...

inilah pandangan aku....

2 comments:

Idham said...

rambut di ketiak harus dijaga penampilannya..
http://cat-world.50webs.com

Dyat said...

bukan aib tapi pandangan masyarakat rata-ratanya skeptikal terhadap org berambut panjang... sampai tahap ada juga yang membenci, alergik, menyampah dll...

sbb ada golongan rambut panjang yg tak tentu hala yg lain kena tempias...