Ramadan sebagai
Bicara sekeping hati..
Ramadan datang lagi. Ramadan karim!
Pantas masa berlalu meninggalkan anak-anak adam sejagat terpinga-pinga kaku di sebalik tembok ruhiah..ya rabb..ramadan datang lagi! Lantas semua manusia,tidak kira daripada seorang tukang sapu kepada semuli-mulia darjat seorang sultan alim yang memerintah terus tunduk akur dengan perintah Allah,pemilik seluruh alam..untuk melaksakan satu misi agung iaitu menjalani ibadah puasa dengan khusyuk dan tawadduk..
Rasulullah s.a.w bersabda : “ apabila datangnya Ramadan,maka pintu rahmat akan dibuka,pintu neraka jahannam akan ditutup dan syaitan laknatullah akan ditambat”
ي
Hati terus berbicara..
Abu hurairah r.a meriwayatkan dari rasulullah s.a.w : “sesungguhnya syaitan bergerak dalam diri anak adam melalui saluran darah.maka sempitkanlah ia dengan berlapar (iaitu puasa).
Sesungguhnya syaitan itu musuh manusia yang amat nyata. Saban hari kita disogokkan dengan isu pergolakan batiniah para remaja..wahai anak muda,,sedarlah kalian bahawa hidup ini hanya sementara sahaja.mahukah kalian dihumban ke dalam neraka jahannam?mahukah kalian menempah tiket untuk berada di dalam nar yang panas membahang?mengapa kalian tidak merebut-rebut peluang yang dijanjikan Allah untuk berteduh di bawah naungan arasyh azzajawajalla?
Rasulullah s.a.w, terdapat 7 golongan yang akan bernaung di bawah paying Allah ketka hari akhirat.Antaranya ,golongan pemuda yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid”
Justeru,bulan Ramadan tiba menggantikan beberapa bulan yang lalu yang telah kalian bazirkanmasa, wang,tenaga dan keringat kalian untuk perkara yang tidak berfaedah.Ahlan Ya Ramadan! Besar tapak tangan nyiru kami tadahkan!.
Hati terpaku seketika.
Ramadan bulan yang mulia.Lazimilah lisan kalian dengan menyebut kalimah Allah yang quds.Tiada siapa yang boleh meneka isi hati seseorang.hanya Allah yang mengetahui segala.Setiap perbuatan kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dan sebaliknya.oleh itu,bangkitlah kalian,kita manfaatkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini dengan membaca Al-quran secara tartil dan bertadarus.Al-Quran itu penawar jiwa dan penyembuh hasad dengki.
Firman Allah
ولقد يسرنا القرءان للذكر فهل من مدكر
(dan sesungguhnya Al-Quran itu kami mudahkan untuk dijadikan peringatan,tetapi adakah orang yang mengambil pengajaran?) surah al-qamar : 17
Hati terus berbisik
Penghayatan di bulan berkat ini perlu ditingkatkan lagi.misi pencarian ilmu harus ditingkatkan menjadi misi super pada tahun ini. Alhamdulillah,kalian ditempatkan di bumi kinanah yang menghidangkan 1001 juzuk-juzuk ilmu yang berkaitan ilmu keagamaan,perubatan,falsafah dan sebagainya.justeru,sempena kedatangan ramadhan yang mulia ini,rebutlah seberapa banyak peluang untuk menambahkan thaqafah din dalam diri masing-masing.tanamkan semangat dan azam baru untuk memburu ilmu sebanyak yang mungkin.jadikan ramadhan di bumi anbiya’ ini lebih bermakna berbanding sebelumnya. Tapia was kalian semua,ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah. Kata-kata seorang hukama ada menyebut :
العلم في الصدور ليس في الستور
Hati terpaku seketika.
Kempen sedekah di sana-sini.namun masih ramai masyarakat kurang meneydari peri pentingnya keutamaan dalam bersedekah ini.ada yang berpendapat mereka akan rugi dan paling tidak pula yang mengatakan dirinya ditipu oleh peminta sedekah tadi .ada pula yang mengatakan mahu mengajar si peminta sedekah agar mencari peluang kerjaya yang lain selain menjadi pemita sedekah.senario ini begitu berleluasa di kalangan masyarakat kita sendiri.sudah kering keringat pak-pak imam,ustaz-ustaz yang ligat berkhutbah memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan bersedekah.tetapi, mentality masyarakat masih lagi di takuk lama. Sabda rasul s.a.w, “tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima”.orang yang banyak bersedekah akan dikasihi Allah dan rasul dan diberikan ganjaran yang besar di siis Allah.selain itu,dengan bersedekah,tiada sepicing jurang pun yang wujud antara sesame makhluk Allah. Di
Malam semakin hening,kian melabuhkan tirai malamnya.kedengaran bunyi unggas dan cengkerik.namun,insane masih lagi menyepi. tiada respon untuk bangkit dan menghadap Ilahi dengan rendah diri. Firman Allah taala
ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى ان يبعك ربك مقاما محمودا
“ dan pada sebahagian malam hari solat tahajjudlah kamu sebgai satu ibadah tambahan bagi dirimu.mudah-mudahan Alalh mengangkat kamu ke darjat yang terpuji”
(al-Isra:79)
Perbanyakkan solat sunat di malam hari kerana besar ganjran yang akan diperoleh.memanglah solat malam sukar dilaksanakan ,tetapi impaknya amat baik dan dapat menjernihkan hati seseorang.ia juga dapat memupuk semangat kecintaan kepada penguasa Alam,membekalkan mujahid dakwah dan semangat keihklasan yang tinggi dalam jiwa seseorang.
Penulis; fatin hanira, tahun 2 , universiti kaherah
No comments:
Post a Comment