perjalanan mendaki gunung Musa sangat2 mencabar... "aku ingin merasai sendiri pengalaman seorang nabi Allah bernama MUSA yang berkorban berjalan mendaki gunung yang tinggi ini utk ber'uzlah menerima wahyu daripada Allah..." itu azamku setiap kali kakiku menapak mendaki setapak demi setapak menyusuri gelap malam... lampu picit yang aku beli sehari sebelum rehlah ini ku genggam erat2...
"Aku mesti tabah! aku tak mahu rehlah ini sia2"! aku cuba memotivasikan diri agar meneruskan pendakian...rakan2ku yang lain sudah jauh dihadapan... hilang dalam kegelapan malam.. yang kelihatan hanyalah kerlipan cahaya lampu2 pengungjung2 lain yang samaR2 di kejauhan...aku terus menapak sambil menyuluh kebawah... takut2 terpijak najis unta.. susah pulak aku nak solat subuh nanti...
sedar tidak sedar, aku telah mendaki selama 1 jam... kakiku semakin lenguh.. badan tak berdaya.. langkahku lemah dan longlai.." baik aku berhenti sebentar.. lagipun kumpulan abang Isra' masih di belakang", aku duduk di atas batu besar di sisi jalan... sunyi, sepi, yang kedengaran hanyalah suara2 gelak ketawa dari kejauhan.."sahabat2 akukah itu?" mungkin ya atau tidak.. aku tak pasti kerana terlalu ramai pengungjung yang mendaki ketika itu... aku mengikat serban yang membaluti kepalaku kemas2.. "sejuk sungguh malam ni".. aku memandang ke langit... SUBHANALLAH!!! tuhan yang Maha Pencipta.. bintang2 bertaburan di dada langit membuatkan aku erfikir kejadian alam ini.. subhanallah yang menjadikan alam yang indah... aku terpegun dengan keindahan langit... bintang2 sangat banyak bertaburan... "jauh berbeza bilangannya ketika aku merenung langit di dalam bas tadi", tabiatku sejak kecil....
"orang malaysia ke?".. satu suara menyapa dari kananku membuatkan aku sedar pendakianku masih jauh.. "ye!" jawabku ringkas.. memang sah.. kumpulan abang isra', kumpulan terakhir telah tiba di tempat aku berehat.. "jom jalan!" aku menguatkan semangat meneruskan pendakian... "arab2 yang keje kat sini pandai bertutur dalam banyak bahasa.. perancis, jepun, inggeris apatah lagi..." abang isra' membuka cerita..aku terpegun.. "sungguh?" pelik betul... macam mana seseorang yang tak berpelajaran dapat menguasai banyak bahasa? pelik! aku betul2 takjub!... hmm... baru aku perasan, seorang arab datang dari arah bertentangan bertanyakan sesuatu kepadaku sebentar tadi.. namun aku langsung tak memahaminye... memang cofirm bukan bahasa arab.. aku yakin.. sangat yakin. otakku ligat memikir, hmmmm... itulah kuasa Allah.. Allah itu maha Adil.. Allah tidak memberikan kepandaian kepadanya tetapi Allah memberi kelebihan kuat hafalan kepadanya.. Allah sungguh adil! pengalaman dan biah menjadi guru kepadanya sedangkan aku? mana perginya pengalamanku? mana perginya biah solehah dulu yang dapat menjadi guru kepadaku?hmm.....astaghfirullah!"jom rehat sekejap!" cadang abang isra'.. aku duduk di sebelah abang isra',antara senior yang aku kagumi dan segani.. "jauh lagi ke abang?" aku mengharapkan jawapan "Tidak" dari abang isra' namun jawapan yang diberikan amat mengecewakan aku. aduh!" abang bukan nak lemahkan semangat korang tapi kita baru mendaki 2/7 untuk sampai ke puncak.."..
2/7? hanya Allah yang tahu betapa lemahnya aku ketika itu... mushma'ul gile! kaki aku nak tercabut dah ni.... jauh lagi pendakian aku rupanya..lima minit berlalu dan aku hanya membisu memikirkan apa pula akan berlaku selepas ini...perjalanan mesti diteruskan.. "aku nak sampai ke puncak!" itu azam aku... kami berdiri, membersihkan seluar masing2 dan meneruskan perjalananan...
tak sampai 50 meter dari tempat kami berehat.. aku kecundang.. kakiku sudah tak berdaya lagi utk melangkah.. "abang jln la dulu ana nak rehat jap!'.. " kalau tak larat, naik la unta" pesan abang isra' sebelum berlalu bersama kumpulannya, hilang di telan gelap malam... aku kembali keseorangan dalam kegelapan malam...."ish, tak boleh jadi ni... nanti lambat pulak sampai ke puncak.." aku cuba memotivasikan diri utk terus tabah.. "ingat! inilah yang dirasai oleh nabi Allah Musa untuk mendapat wahyu dari Allah!"..
kakiku sudah sakit... telingaku menangkap suara orang berbual, namun bahasa itu cukup asing bagi aku... mungkin 2@3 bahasa yang aku dengari..semakin ramai pengunjung,mungkin dari korea, russia dan mungkin juga pengunjung perancis telah memintasku... udara semakin sejuk..menusuk2 hingga ke tulang hitam... aku melangkah perlahan.. kakiku sangat lemah.. aku dapat rasakan aku berjalan terhuyung-hayang... Allah!Allah!... angin bertiup agak kencang menambahkan kesejukan yang aku rasai... Allah! tiba2 dadaku terasa sakit! aku makin sekar bernafas.. "ya Allah, jangan KAU ambil nyawaku disini.. aku belum bersedia", hanya mati yang bermain di fikiranku ketika itu.. aku segera mencari tempt untuk duduk.. dadaku bagai dicucuk2.. sakit! sesak nafasku....
aku cuba bernafas perlahan2...inilah dugaanku.. dengan tubh yang gemuk dan gempal..berat yang melebihi 1000 newton... inilah dugaanku.. aku masih tidak mahu menyerah,sudah beberapa orang arab yang menawarkan unta mereka untuk aku tunggang.. aku tak mahu patah semangat... Aku tahu, ada doa seseorang yang sentiasa bersamaku .. aku melangkah perlahan2 sehingga beberapa meter..aahh!! Allah! aku sudah tak berdaya.. "nak minum air? sejuk!" "nk makan molto? mesti perlukan air punyelah"... aku bersandar di sebuah batu besar di kiri jalan...bernafas perlahan2 sambil tangan memegang dada... sakit sangat!
samar2 kelihatan 2 lembaga dalam gelap malam bergerak kearahku.. aku dapat mengagak apakah lembaga2 itu..."nak unta?" tegur lembaga tadi dalam bahasa arab 'ammi pekat.. sah! aku betul! seorang lelaki arab dengan untanya..menawarkan khidmt unta..
"ish, nak naik ke tak nak?" "lebih baik naik.. lagipun akudah jauh ketinggalan di belakang" selepas tawar menawar akhirnya harga disepakati-LE45... ok la tu.. aku dah mencuba...
uish! seronok jugak naik unta ni... steady je mendaki gunung yang agak curam .. subhanallah! itulah keajaiban ciptaan Allah.. dah habitat dia..hilang sakit dadaku.. tanganku lincah mencari coklat di dalam beg sandangku... makan coklat dapat panaskan badan sket..
selesa di atas belakang unta, aku kembali merenung langit.. leka sebentar melihat keindahan bintang2 sebelum aku menyedari aku sedang melintasi kumpulan abang isra' yang sedang berehat di hadapan gerai minuman... "abang isra', jumpe kat puncak ye!" aku tersengih...abang isra' tersenyum... lantak la ape yang diorang nak fikir.. aku betul2 dah tak larat...
unta tersebut berhenti di suatu kawasan... ada gerai minuman.. hatiku riang melihat rakan2ku sedangberehat di situ.. ramai! tapi ade yang sudah meneruskan perjalanan... ohhh! patut la berenti di situ... sudah sampai kawasan tangga yang curam.. sukar untuk unta mendakinya.. apatah lagi dengan jumlah pengunjung yang amat ramai..
aku segera mendapatkan rakan2ku.. terkejut mereka, tidak percaya dengan ketibaanku....
perjalanan masih jauh, kali ini lebih mencabar ...mendaki tangga batu yang curam....sekali lagi aku tertinggal keseorangn di belakang.. seluruh badan terasa lenguh... aku berehat sekali lagi.. dalam kegelapan malam.. aku melihat sekujur tubuh berusaha mendaki tangga yang curam.. mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu...aku takjub! aku pasti dia bukan seorang muslim.. sungguh! tapi aku takjub dengan ketaatan dan kesungguhannya mendaki gunung yang curam sambil memuji tuhannya...wallahua'lam...ah! aku mesti menandingi dia.. ummat islam sentiasa boleh.. ummat islam sentiasa berada dihadapan....
akhirnya.. selepas berhempas pulas, aku berjaya tiba di masjid.. rakan2ku telah lama sampai... ada yang bersembang dan ada yang tertidur keletihan.. yang berzikir? yang membaca Al-Quran mane? wallahua'lam... mungkin di dalam hati masing2.... aku puas!!!! bukan kerana aku berjaya tiba di puncak.. tetapi kerana Allah beri aku peluang untuk hidup dan melihat kecantikan alam ciptaannya...
SUBHANALLAH!!!!ALLAHUAKBAR!!!!